CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 18, 2012

khas buat teman-teman T_T





18 januari 2012..


  Senyum seindah mentari ceria J hari ni last aku dekat mu’tah T_T sedih sangat..kerana ILMU dan PERJUANGAN…aku harus BERKORBAN…kuatkan diri,tabahkan hati..



Alhamdulillah semua barang2 da siap kemas,,tunggu angkat letak dalam van je..syukran pada ahli bayt yang banyak membantu..mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki andai diri ini banyak menyusahkan korang,banyak melakukan kesilapan,terasa hati,terkasar bahasa,termarah,terpukul dekat mana2,terpekik terlolong,yang tak mnyenangkan korang,mohon halal segala makan minum selama mana diri ini berada dekat mu’tah…syukran semua! 


   Buat ‘angah’ terima kasih kemaskan baju2 dan barang2…buat ‘karimah dan esyah’ terima kasih bagi sweater..buat ‘edunk’ terima kasih coz bagi hadiah rantai cantikn ni..dan buat wid tersayang terima kasih untuk segalanya..sebab banyak bantu akak..sudi mendengar luahan hati akak….”sharing is caring” kan? HEHE.. dan tak lupa jugak buat ‘N F’ yang paling banyak bantu aku sejak dari mula2 aku jejakkan kaki di bumi Jordan ni..dialah yang paling banyak bantu aku..menguruskan semua urusan aku dari awal sampai lah aku dapat sambung study dekat sini…dialah orang yang paling berjasa setakat ni…dan buat ‘IZ IL’ terima kasih jugak sudi bantu untuk esok hari…dan sebelum2 ni…maaf atas segalanya..


    Buat sahabat2 yang mengenali diri ini…mohon maaf atas segalanya…insyaALLAH ,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki kita jumpa lagi…T_THUHUHU Nampak muka macam ganas..tapi dalam hati ad ataman..sebab tu asyik menangis je..HEHEHE manjakan..?tapi itulah hakikatnya…


    Doakan aku disana nanti..semoga sentiasa kuat dan tabah menempuhi liku2 hidup sebagai seorang pelajar,anak,dan pejuang…moga kejayaan mengiringi kita semua..siiru ‘ala barakatillah…


                                                             WID! tq untuk gambar nih <3

                                                        'N F'! tq jugak untuk cheese cake ni..

                                                   EDUNK! Tq untuk rantai yang cantek ni..          
                                                                
   Aku tujukan lagu ini khas buat sahabat dan sahabiah yang mengenali diri ini….moga ukhuwah kita kekal hingga ke SYURGA…amen…^_^







Ya Rabbi~~kirimkan DIA untukku..







*khas untuk :  Dia iz ^_^

YA ALLAH..
Kirimkanlah dia untukku..
Dia yang menenangkan hatiku,
Dia yang selalu menjaga keimananku,
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku,
Dia yang selalu mengajariku bagaimana harus bersabar,
Dia yang membuatku menangis kerana takut kepadaMu..
Dia yang selalu menjaga agamaMu..
Dia yang selalu mendoakan keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah dan ibunya..
Dia tidak pernah meninggalkan solat..
Dia yang selalu berbicara sopan..
Dia yang selalu bijaksana..

Bantu Hamba YA ALLAH,,
Bantu hamba untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik,
Wanita yang menjadi idaman..
wanita yang selalu memberi keteduhan..
kerana aku menginginkan kebaikan,,
hanya untukMu dan dijalanMu..
Jauhka hambaMu dari sifat buruk..


Amin...





Harap Dialah lelaki itu





Wahai imamku, imam cintaku

~TERUNTUKMU WAHAI CALON IMAMKU..~
izinkan aku mencintaimu kerana ALLAH..
ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku
berdoalah pada
الله dan mintalah hanya padaNYA
dan berusahalah kerana aku hanya insan tiada daya upaya dan
الله pemilik nyawaku
memohonlah pada DIA yang hak
miliki lah hatiku dengan izin
الله
miliki cintaku dengan keranaNYA
miliki diriku kerana agamanNYA,& miliki lah jiwaku keranaNYA
sekiranya dirimu telah siap maka dapatilah aku keranaNYA..
dan aku pun tetap menantimu diatas sejadah CINTANYA..



























































 
Jadilah selalu kau imamku yang dapat mengajarkan ku mengorbankan seluruh hidupku jiwa dan harta ku untuk kepentingan dakwah di jalan Allah..

Jadilah selalu kau imamku yang dapat mengajarkan ku rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama suami tercinta..

Jadilah selalu kau imamku yang dapat mengajarkanku untuk selalu menjaga kehormatan diriku dan taat beribadah kepadaNya...

Jadilah selalu kau imamku yang dapat mengajarkanku menyediakan tempat tertinggi dlm hatiku rasa cinta kepada Allah dan Rasul di atas kecintaan ku pada suami...

Jadilah selalu kau imamku yang dapat membimbingku utk selalu berjalan di atas jalanNya..,

Jadilah selalu kau imamku yang akan selalu mengingatkanku untuk selalu mengingatNya..,

                Jadilah selalu kau imamku yang akan selalu mengajarkanku kebesaran     cinta kepadaNya..,

Aku sangat berharap Allah berkenan pelihara perasaan ini, perasaanmu untukku 

 dan perasaanku untukmu...

                                                    

                                                
Sampai tiba pada waktunya kita ditakdirkan bersatu didalam jalinan yang di redhaiNya, InshaAllah aamiin…

*lensa persahabatan~~~










Bismillahirrahmanirrahiim…







   Andai dapat aku rakamkan semuanya melalui lensa,detik yang bahagia denganmu,detik yang getir mengusik aku dengan dirimu,pasti aku akan abadikannya di dalam album kehidupan…Saat kamu tertawa, juga saat kamu dirundung duka lalu menangis,di saat sama-sama terluka jiwa akibat bicara,di saat sama-sama memenangkan rasa diri sendiri,mahu saja aku bingkaikan;lalu menggantungnya dalam bilik hembusan nafas..
   Setiap kenangan bersamamu; suka dan duka,sangat memberi pengajaran berharga dalam perjalanan hidup,sememangnya benar saat bergurau senda denganmu,merupakan kebahagiaan tetapi,saat hari-hariku mendung kerana menyakitimu,juga adalah saat berharga bagiku yang mengajarku,mengenali dirimu dan memuhasabah diriku…
   Gambar kehidupan pasti ada cacat celanya,walaupun dengan lensa keimanan,kadang-kadang itulah yang berat untuk dipegang,semakin dipulas untuk mencantikkan gambaran,semakin kelihatan cacatnya lalu mengetuk jemu di sanubari,namun ketahuilah setiap yang cacat itu ada indahnya,jika engkau melihat dengan mata-Nya…



   Aku mungkin bukan penangkap gambar yang baik,dalam gambar persahabatan,tapi aku punya keinginan yang terbit dari dasar hati,untuk menjadi seorang pengabadi setiap memori;bersama sahabat berpimpin tangan menuju jalan kebenaran,walau mungkin ada masanya pegangan tangan itu renggang,dek kerana setiap onak yang ditempuh…
   Namun ketahuilah walau keikhlasan itu rahsianya Dia,aku berusaha untuk tidak melepaskan tanganmu,kerana aku tahu, kamu sebahagian hidupku,yang menjadi kekuatan diriku;maka mana mungkin aku melepaskan pegangan tanganmu??
… Aku cinta kamu, sahabat ku!!
 
                                             

~permusafiran ini***




Bismillahirrahmaanirrahiim....
insan musafir
 Bermusafir. Sesuatu yang memenatkan namun ada ganjaran!

Aku  tersenyum…
Kasih-sayang ALLAh Ta’ala yang berbentuk ujian itu datang dari pelbagai arah. Pada masa yang tidak disangka-sangka. Datang dengan pelbagai cara. Datangnya tidak mengira kamu sedang bergembira, kamu sedang berduka mahu pun kamu sedang alpa.
Namun, hakikatnya.. Ujian itu datang membawa mesej yang bahagia.
ALLAh Ta’ala memilih kamu dan mahu menjadikan kamu seorang yang kuat.
Kadang-kadang, apabila kamu sudah menanam tekad yang kuat untuk melalui semua itu dengan cuba tersenyum dan redha, maka pandangan manusia menerpa ruang legar fikiran. Menimbulkan persoalan tanpa dipinta. Menggusarkan jiwa. Pernah, kan?
Hei kamu! Usah dilihat dan diambil kira pandangan manusia jika pandangan itu melemahkan kamu setelah kamu mencuba untuk menjadi hamba yang baik. Yang penting sekali adalah, kamu tahu dan kamu kenal diri kamu. Kamu tahu kamu tidak berhenti. Kamu cuma berehat seketika mengumpul kekuatan untuk bangkit semula nanti dengan keghairahan. ALLAhTa’ala sentiasa bersama mereka yang mahu kuat.
 
Jadilah si sang musafir yang diredhai ALLAh Ta’ala~



Permusafiran Ini
   Ya ALLAh,bersuluhkan cahaya ciptaanMuberpijakkan bumi milikMudi sini aku mengembara membawa diri melihat hikmah permusafiran seruanMu..Engkau pernah berfirman diatas kitabu suciMU,beruntunglah orang yang bermusafir..dan si musafir itu pula tahu tujuan dan matlamatnya..maka sering kali aku bertanya…akukah si musafir bertuah itu?
   Ya ALLAh,sungguh lelah diatas permusafiran ini,Engkau Mahu Tahu tatkala aku tersungkur, jatuh dan rebah..kadang-kadang terasa tiada kudrat untuk bangun semula
si peneman airmata, seringkali jatuh membasahi pipi yang kekeringan..Namun aku sedari satu perkara yang ilhamnya dariMu..sepenat, selelah, dan seseksa mana pun terasa permusafiran ini…berhenti itu bukanlah jalan yang terbaik..kerana orang yang berhenti, mereka bukanlah berjiwa hamba..kerana seorang hamba, akan sanggup berbuat apa saja demi Tuhannya…
  Mencari keredhaanMu walaupun badai akan melanda..mereka tetap berjalan walaupun terpaksa memijak duri binasa…Dan dalam pencarian keredhaanMu..ada terselit pada permusafiran yang Engkau takdirkan ini..maka kuatkanlah aku berpegang pada kebahagiaan janjiMu…kerana aku tahu hakikat hidup ini tidak lebih..melainkan, hidup ini adalah permusafiran…mencari bekal untuk dipersembahkan menebus mahar memasuki syurgaMu…


hati sedihT_T mohon pertolongan dariMU.






 17 januari 2012...
   “suka lawan duka” betul la orang katakan..  ummi aku pun selalu cakap macam tu dekat aku bila aku terlebih suka..

   Bukan nak kata aku terlebih lagho hari ni..tapi tak salahkan kalau nak happy2..yela..siapa tak happykan kalau ada orang datang jumpa kita…nak2 adik2 datang jumpa aku sebelum  berangkat ke Mafraq lusa..
   Punya la semangat diorang datang,siap bawak segala benda nak buat  ‘karipap’ .diaorang minta aku buatkan karipap,sambil2 ajar diaorang cara buat karipap..diaorang cakap “nanti kak bella pergi mafraq dah tak boleh makan dah karipap kak bella,time ni je laa dapat”teharu den donga ni haa…HEHE

    Tengah2 duduk happy2…datang laa sorang demi sorang cakap tak jadi nak pergi hantar aku..sebab ada kerja,tak ada duit..luluh jugak hati ni bila diaorang cakap macam tu…rasa macam nak jerit kuat2..tapi  tahan..sabar..lama dah tak menangis ni..tapi apakan daya..aku tewas untuk menahan tangisan ini..sedih mengenangkan nasib diri..ya Rabb!

   Aku sedih bukan apa..pada mulanya..ramai yang semangat nak pergi..plan itu ini..last2 minit macam ni pulak jadinya..bukan nak salahkan siapa2..kita hanya mampu merancang,tapi ALLAH adalah sebaik2 perancang..tapi..macam tu laa…agak terkilan…yela,aku datang jejakkan kaki ke mu’tah ni pun tanpa dijemput..nak pergi dari mu’tah pun tak megharapkan orang hantar..

   Seandainya mafraq tu dekat..nak je aku pergi sendiri..tak payah nak susahkan orang lain kan..aku pun tak nak menyusahkan orang ..abah aku pun selalu pesan”duduk tempat orang,kena pandai jaga diri,pandai berdikari,jangan asyik menyusahkan orang saja,selagi boleh usaha sendiri,kena usaha,belajar rajin2,solat jangan tinggal,solat hajat selalu,doa jangan putus”..T_T


   Malam ni aku rasa kenyang sangat! Kenyang makan apa?bukan sebab karipap..tapi kenyang makan air mata..pusing kepala aku ni fikirkan pasal nak pergi mafraq ni..dengan orangnya tak cukup…lemah semangat  ni…nasib la wid ada tolong aku..itu pun sampai pening jugak..kesian tau..banyak brtol ujian nak pergi menuntut ilmu agama ni..Ya ALLAH..Engkau brilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menempuhi segala ujianMU di bumi Jordan ni…
     Masih memikirkan cara..dan masih mencari …BUNTU!!! Ya Rabb! Yassirlana umuurona..insyALLAH kheir semuanya…AmEEn..:)


TRIFFLE,yang SIXFLE.





15 JAUNUARI 2012..


  DI KALA AZAN SELANG SELI BERKUMANDANG DI BUMI Mu'TAH,AKU DAN WID..BARU PULANG DARI SHOPPING BARANG-BARANG NAK BUAT TRIFFLE KHAS UNTUK DEQ "IZ IL"
  
  FISRT TIME AKU BUAT PUDING TRIFFLE NI..BERTUAH LA SAPA YANG DAPAT MAKAN..HEHE.BAK KATA DEQ"IZ IL" 'UNTUNG LA BELIAU' HAHAHA.PERASAN KOT..ENTAH JADI KE TIDAK..JANJI BUAT DENGAN PENUH KASIH SAYANG..:P 
  
  TAPI YANG HERANNYA BUAT UNTUK AHLI BAYT CEPAT JADI..BUAT UNTUK DEQ "IZ IL"
RUMIT PULAK JADINYA..TAPI TAK APA..ALHAMDULILLAH HASILNYA CANTEK!! HAHAHA. TUAN PUNYA BADAN TAKL CAKAP APA-APA PUN..AKU PULAK LEBIH-LEBIH..


  ADA 3JENIS PUDING YANG AKU BUAT...PUDING FORFLE,FIFLE,SIXFLE STRAWBERRI..





 FORFLE :P
YANG INI AHLI BAYT PUNYA!
 
                                                                                                                      




FIFLE :P
YANG INI PUN AHLI BAYT PUNYA!

 


                YANG INI SETELAH DICOMOTKAN HAHAHA!
                          CANTEK TAK??





                                                        SIXFLE :P
                        CANTEK TAK?? 
  DEQ "IZ IL" CAKAP "KAK BELLA NI BUKAN TRIFFLE TAPI   SIXFLE" HAHAHAHA.
                                                                
     SERIUS AKU TAK PERASAN JADI :FORFLE[4LAYERS] FIFLE [5LAYERS] SIXFLE [6LAYERS]...NAK KATA KHUSYUK TAK PUN..ALMAKLUMLA BUAT DENGAN PENUH KASIH SAYANG!! HAHAHA.




 ingredients :
1 kotak tepung kastard
1 tin besar susu cair
jelly [ ikut la nak perisa ape, and byk mana nak guna ]
swiss roll [ ikut la jugak perisa ape and byk mana nak guna ]
gula
1 tin krim
buah-buahan [strawberri atau pic]

cara-cara :

- bancuh tepung kastard dengan separuh tin susu cair. separuh tin susu cair lagi tu, panaskan dengan api sederhana kecil. bila bancuhan tuu dah sebati dan susu pun dah panas, masukkan bancuhan kastard td dalam susu yang panas.tambah sedikit gula ikut suka nak manis mcm mana. kacau sampai pekat.
- bancuh jelly.
- potong swiss roll dan susun dalam bekas.
- untuk layer, boleh letak bancuhan kastard dulu ataupun jelly dahulu. depends nk letak yg mana dulu. utk satu2 lapisan, make sure ia dah keras baru boleh buat layer yg baru. nak elakkan layer tuu bercampur.
- untuk layer yg paling atas, boleh sapu krim dan hias buah-buahan. :)

                              

                         SELAMAT MENCUBA!!




Sunday, January 15, 2012

luahan seorang hamba~~

Bismillahirrahmanirrahim..
apa khabar semua?? iman sehat x??
saya harap sehat semua ye..
semoga post kali ini bermanfaat kepada semua..
insyaAllah..





Ya Allah, jika kau kurniakan kepadaku perasaan suka, cinta dan sayang kepada seseorang,
kau jatuhkanlah aku kepada orang yang sangat mencintaiMu..
Aku sedar, aku perlu bermujahadah dengan apa yang terjadi..
Walaupun mujahadah itu terlalu pahit buatku..
apakan daya, aku harus menguatkan diri ini..

Pernah juga aku terfikir, kenapa mesti ada perasaan macam tu hadir dalam diri hamba Allah..
Sedangkan kita hamba yang lemah..
Sanggupkah kita nak mengawal perasaan itu..

Berbekalkan iman dan taqwa..
Aku tabah menghadapinya..
Aku kuat untuk mengawal perasaan itu.



Pada mulanya, aku pendam seorang diri..
Dan kepada Allah sahaja aku mengadu...
Aku tahu jika aku terus memendamkan perasaan itu..
Hati aku akan bertambah tidak tenteram...
Aku kuatkan hati untuk meluahkan kepada beberapa orang..
Walaupun terasa malu dan amat malu..
Aku tabahkan juga hati untuk bercerita kepada mereka..

Tenang hatiku apabila ada yang memberi aku dorongan dan semangat untuk menempuhi dugaan itu.. 

Aku hanya seorang insan biasa.. lemah.. tidak berdaya.. 
Hanya Allah tempat aku mengadu ...

Ya Allah.. 
Jika benar aku dan dia akan mempunyai ikatan yang sah,
Kau tautkanlah hati kami kepadaMu.

Dan jika dia bukan untukku,
Kau hilangkanlah perasaan yang tumbuh di hatiku.

Dan kau berikanlah aku jodoh yang lebih baik...
Aku tahu aku tidak lagi menjadi wanita yang solehah di mataMu..

Tapi.. 
Aku akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita yang solehah..

InsyaAllah..

Kau kuatkanlah imanku untuk menghadapi dugaan ini..


Aku sedar,
Cinta Allah Cinta Abadi..
Kasih Allah Kasih Abadi..
Aku akan mencuba sedaya upaya untuk bermujahadah..
insyaAllah..

Alfun syukran kepada sahabat aku yang byk beri dorongan... 

Saturday, January 14, 2012

Kembalikan Hati Kepada ALLAh*


Pernah tak hati merasa gelisah sepanjang hari? Pernah tak merasa tidak senang duduk, seperti ada yang tidak kena atau pun belum lunas. Tapi masih, tetap kita tidak tahu kenapa kita boleh merasa begitu?
Atau kadang-kadang, kita tahu kenapa kita rasa resah begitu. Dan kita sendiri membuat andaian, itu mungkin teguran daripada ALLAh atas apa yang telah kita perbuatkan. Sama ada yang kita sengaja dan menyembunyikannnya dari keramaian, atau yang kita terlepas pandang lalu ALLAh bukakan hijab hati kita?


Aku  pasti. Mesti pernah, kan. aku pun pernah juga.
Kadang-kadang rasa resah itu sehingga menimbulkan rasa debar dihati. Memang suatu rasa yang langsung tidak menenangkan. Kemuncaknya adalah apabila kita mahu merebahkan diri di pembaringan, dan debaran resah itu kita dapat rasai dengan jelas.
Hati Resah Itu Tanda Isyarat
Selalunya dan kadang-kadang hati itu resah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan.
Bersyukur jika hati kita masih merasa gelisah sejurus selepas melakukan dosa dan kemaksiatan yang terzahir dan tersembunyi. Sebab itu adalah tanda bahawa hati kita ini masih hidup dan masih memiliki rasa seorang Muslim yang takutkan azab ALLAh dan memang merasa tidak senang akan kemaksiatan.
Itu salah satu isyarat. Isyarat bahawa hati itu masih cenderung pada fitrahnya yang bersih dan sedaya tidak menerima kekotoran, lalu menjadi gelisah; kerana mahu memohon ampun dari-Nya!
Kemaksiatan itu boleh terjadi dengan banyak cara. Hatta duduk di hadapan laptop saja sudah boleh mengundang banyak dosa dari pahala. Akhirnya nanti, mahukah kita menjadi orang yang tercelah? Maka, tanya diri sendiri.
Pasti hati itu akan menjawab dengan jujur atas setiap perbuatan.
ALLAh Yang Maha Berkuasa, punya banyak cara untuk menegur para hamba-Nya yang melakukan kesalahan besar dan kecil. Salah satunya, melalui resah hati.
Tapi, tidak semua manusia yang mengalami keresahan hati itu, cukup membuatkan dirinya meninggalkan apa yang dilakukannya; yakni yang mengundang dosa, resah dan gelisah. Maka jangan hairan jika ada manusia yang tetap bertahan dengan hati yang sentiasa resah. Yang akhirnya, hati yang resah itu memberikan kesan dalam hidupnya sehingga kehidupan sebenarnya menjadi serabut.
Manusia memang kebanyakannya degil kan? Hatta kepada ALLAh Ta’ala sendiri.
*tertunduksendiri*
Teguran Yang Menundukkan Manusia
Ada waktu, ALLAh akan berikan teguran yang agak keras. Percaya?
Kadang-kadang ALLAh Ta’ala menegur para hamba-Nya dengan suatu teguran yang menyakitkan. Dan dengan teguran itu kita terhenyak, terjelepok dan sedar. Mungkin dengan cara ALLAh Ta’ala memberikan dugaan dengan sesama manusia yang membuka mata hati. Atau boleh jadi, mungkin ALLAh Ta’ala membuat manusia gagal dalam sesuatu perkara yang dilakukan. MashaAllah!
Pun begitu, bersyukurlah kepada-Nya, bila hati kecil yang dinodai ini masih dapat merasakan peringatan dari ALLAh Ta’ala dengan sesuatu keadaan yang sangat memukul hati. Dan dengan cara itu, kita menjadi seorang hamba yang tertunduk pada keagungan ALLAh Ta’ala. Lalu rasa kerdil menyerap dalam hati di hadapan ALLAh.
Jiwa Yang Mahu Dekat Kepada Rabbnya
Kawan-kawan.. Pernah merasa begini?
Merasa sedih tanpa alasan yang kita sendiri kabur mengenainya, kurang pasti kenapakah kesedihan yang bertandang dihati lalu sangat menyengat itu terjadi tanpa asbab yang kita kurang tahu atau pun tidak tahu. Atau pun merasa asing di tengah keramaian, ketika bersama keluarga dan rakan-rakan? Atau merasa bosan walhal hidup dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada?
Kadang-kadang semua itu terjadi kerana jauhnya jiwa kita dari ALLAh.
Sungguh.
Kita ini, kadang-kadang terlepas pandang dan menyandarkan jiwa kita pada kebendaan yang wujud di hadapan. Menyandarkan rasa kebahagiaan kita kepada manusia tanpa mengembalikan rasa bahagia itu kepada ALLAh untuk memautkan jiwa yang kerdil ini kepada-Nya. Sebab itu, jiwa sering kali merasa kosong, gelisah, sedih yang kita sendiri tidak tahu asbabnya. Padahal, sebenarnya tautan jiwa kita dengan ALLAh Ta’ala makin goyah kerana lalai dengan nikmat dunia.
Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah, ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa itu akan ada jika manusia itu berusaha untuk sentiasa memperbaiki hubungannya dengan ALLAh Ta’ala. Dengan itu, inshaAllah jiwa menjadi tenang. Sebab, sumber ketenangan itu datangnya dari Dia.
Maka, mana mungkin Dia Yang Maha Pengasih tidak mengurniakan ketenangan dan kebahagiaan kepada hamba-Nya yang berusaha di atas nama-Nya, aite?
Pssst! Sahabat, kadang-kadang kita megah dengan perbuatan kita.
Tapi yang sebenarnya, hati kita sedang menangis sengsara, kan.
Kita mungkin boleh menipu manusia dengan topeng ceria dan kegembiraan kita yang terpapar di wajah. Tapi kita sesekali tidak akan dapat menipu diri sendiri. Sebab, diri sendirilah yang merasa sakit dan nikmatnya keadaan yang ALLAh Ta’ala berikan.
Hati itu ALLAh Ta’ala yang ciptakan,
jika hati itu semakin jauh dari Dia,

apakah kamu akan menyangka ia akan tenang seadanya,
sedangkan sumber ketenangannya berada jauh darinya.
Bawalah diri menunduk kepada kebesaran Tuhan,
bawalah hati untuk diserahkan kepada Tuhan.
Semoga ALLAh merahmati.