CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 15, 2012

luahan seorang hamba~~

Bismillahirrahmanirrahim..
apa khabar semua?? iman sehat x??
saya harap sehat semua ye..
semoga post kali ini bermanfaat kepada semua..
insyaAllah..





Ya Allah, jika kau kurniakan kepadaku perasaan suka, cinta dan sayang kepada seseorang,
kau jatuhkanlah aku kepada orang yang sangat mencintaiMu..
Aku sedar, aku perlu bermujahadah dengan apa yang terjadi..
Walaupun mujahadah itu terlalu pahit buatku..
apakan daya, aku harus menguatkan diri ini..

Pernah juga aku terfikir, kenapa mesti ada perasaan macam tu hadir dalam diri hamba Allah..
Sedangkan kita hamba yang lemah..
Sanggupkah kita nak mengawal perasaan itu..

Berbekalkan iman dan taqwa..
Aku tabah menghadapinya..
Aku kuat untuk mengawal perasaan itu.



Pada mulanya, aku pendam seorang diri..
Dan kepada Allah sahaja aku mengadu...
Aku tahu jika aku terus memendamkan perasaan itu..
Hati aku akan bertambah tidak tenteram...
Aku kuatkan hati untuk meluahkan kepada beberapa orang..
Walaupun terasa malu dan amat malu..
Aku tabahkan juga hati untuk bercerita kepada mereka..

Tenang hatiku apabila ada yang memberi aku dorongan dan semangat untuk menempuhi dugaan itu.. 

Aku hanya seorang insan biasa.. lemah.. tidak berdaya.. 
Hanya Allah tempat aku mengadu ...

Ya Allah.. 
Jika benar aku dan dia akan mempunyai ikatan yang sah,
Kau tautkanlah hati kami kepadaMu.

Dan jika dia bukan untukku,
Kau hilangkanlah perasaan yang tumbuh di hatiku.

Dan kau berikanlah aku jodoh yang lebih baik...
Aku tahu aku tidak lagi menjadi wanita yang solehah di mataMu..

Tapi.. 
Aku akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita yang solehah..

InsyaAllah..

Kau kuatkanlah imanku untuk menghadapi dugaan ini..


Aku sedar,
Cinta Allah Cinta Abadi..
Kasih Allah Kasih Abadi..
Aku akan mencuba sedaya upaya untuk bermujahadah..
insyaAllah..

Alfun syukran kepada sahabat aku yang byk beri dorongan... 

No comments:

Post a Comment