CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 9, 2012

Pengorbanan dalam menuntut ilmu


Bismillah..
Assalamualaikum..
Sudah lama jugak aku tidak menulis di blog ini. Mungkin kerana kesibukan memasuki fasal baru di JAMIAH   tempat  aku belajar ni. Nak kata sibuk tu boleh lah sebab hidup seorang  pelajar  ni tak dapat lari dari kesibukan . itu dah menjadi perkara biasa, dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar , ia menuntut banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu PERJUANGAN.
Kita  belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah kewajipan bagi seorang muslim, dan adalah untuk masa depan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan untuk mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar adalah untuk mendapatkan keberkatan dan memperolehi  ganjaran pahala dan keredhaan ALLAH swt. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami ilmu agama sebagai persediaan  untuk masa hadapan  yang kekal iaitu hari akhirat.
Dalam penulisan ini aku lebih fokuskan kepada kehidupan seorang pelajar , kerna aku masih lagi seorang pelajar yang sedang menuntut di JAMIAH. Tidak kiralah pelajar sekolah,kolej,university, atau dimana saja tempat kita belajar. Apabila bergelar seorang penuntut ilmu, ia memerlukan pengorbanan dalam diri kita..

*pengorbanan masa
Antara pengorbanan yang paling penting dalam hidup seorang pelajar adalah pengorbanan masa. Pengorbanan masa penting kerana jika masa tidak di uruskan dengan baik , ia boleh memberi masalah kepada seorang pelajar .  masa yang ada banyak di peruntukkan untuk belajar kerana pelajaran adalah lebih penting dari perkara2 lain. Masa yang ada digunakan untuk hadir ke muhadhoroh, membaca kitab, menyiapkan kerja, melakukan tugasan  dan banyak lagi.
Adalah merugikan  jika seorang pelajar mensia2kan masa yang ada dengan perkara2 yang tidak berfaedah dalam hidup mereka. Tidak salah untuk berseronok dengan kawan2, tapi ianya perlu terkawal bagi mengelakkan masa dihabiskan dengan sia2 begitu saja sehingga boleh mengabaikan pelajaran.

*pengorbanan wang ringgit
Tak semua benda kita akan dapat percuma, kalau dapat Alhamdulillah. Menuntut ilmu mempunyai harga yang perlu kita bayar. Kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan  dalam proses untuk mendapat dan menambahkan ilmu  pengetahuan. Ibu bapa kita pulak banyak menghabiskan wang ringgit,berpenat lelah,siang malam mencari rezeki  untuk kita dengan menghantar kita ke sekolah dari kecil . pengorbanan dan jasa  ibu bapa memang terlalu besar sekali.
Jika dilihat semasa kita sedang belajar, banyak wang yang terpaksa dihabiskan untuk membeli kitab2,ala2 tulis serta kelengkapan lain. Semuanya memerlukan wang walaupun sikit. Ianya menuntut pengorbanan wang ringgit dari kita untuk menuntut ilmu pengetahuan.

*pengorbana fizikal
Setiap hari kita perlu menghadiri muhadhoroh yang bermula dari awal pagi . kita perlu mengerahkan sedikit tenaga untuk menggerakkan tubuh badan kita untuk pergi ke tempat menuntut ilmu. Sama ada berjalan kaki atau menaiki  kenderaan, ia menuntut kekuatan fizikal yang ada pada diri kita supaya kita dapat menghadirkan diri ke tempat menuntut ilmu tersebut. Jiks fizikal kita lemah seperti tidak sihat, ia akan menyebabkan kita tidak dapat pergi ke muhadhoroh  untuk belajar.
 Pengorbanan fizikal seperti kepenatan adalah perkara biasa kerana kita sedang berusaha untuk mendapat ilmu pengetahuan. Walaupun diri kita merasa penat namun ianya sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu tuhan . biar hari ini kita penat, namun hasilnya  adalah kejayaan  dalam hidup kita di dunia mahupun di akhirat.

*pengorbanan mental
Sebagai seorang pelajar kita akan sentiasa banyak berfikir dan mengingati ilmu yang kita belajar. Kita perlu menghafal dan memehami banyak perkara dalam pelajaran kita. Kita jangan perkara lain menggangu fikiran kita. Fikiran kita perlulah lebih focus ke[ada pelajaran berbanding  dengan perkara2 tidak penting.
Kita juga akan diberikan tugasan  dan juga akan menghadapi imtihan. Semua ini adalah perkara biasa  atau sudah menjadi asam garam dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang pelajar perlu sentiasa rajin membaca dan muroja’ah pelajaran mereka kerana ia adalah satu usaha yang dapat membantu kita Berjaya dalam pelajaran. Perbuatan malas berusaha perlu dujauhkan sama sekali . orang yang tak sanggup berusaha adalah orang yang tak akan Berjaya.

*pengorbanan kasih sayang
Kasih sayang dari ahli keluarga kita sendiri, kasih sayang dari orang yang tersayang. Seorang pelajar yang terpaksa merantau jauh dari keluarga kerana mneruskan perjuangan menuntut ilmu tuhan di tempat orang. Tidak dinafikan sesiapa saja akan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga. Ianya menuntut kesabaran dalam diri seorang pelajar  untuk tinggal berjauhan dengan ahli keluarga.
Terpaksa tinggal berjauhan dengan ahli keluarga adalah sementara waktu saja sehinggalah kita tamat belajar. Namun begitu, pada zaman sekarang jarak bukan lagi penghalang kerana kita dapaqt menghubungi mereka pada bila2 masa saja.
Dalam hidup ini, kita sememangnya perlu berkorban demi mencapai kejayaan yang kita inginkan . bagi seorang pelajar mereka perlu mengorbankan keseronokan yang mereka inginkan demi kejayaan pada masa hadapan “ bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” aku akan sentiasa mengingati ayat ini yang datang dari seorang sahabat yang sentiasa member nasihat dan dorongan kepada aku. Walaupun ia hanya satu ayat yang ringkas saja,namun ia mempunyai maksud yang dalam untuk difahami.
 Sebagai seorang pelajar, kita perlu bersemangat untuk terus menimba ilimu pengetahuan dalam diri kita. Jangan mudah putus asa dengan ujian dan kesuhan yang menimpa diri. Kejayaan kita akan lebih bermakna  jika kita telah melalui dahulu kesusahan  sebelum mengecapi kejayaan itu.
Pengorbanan yang kita lakukan mungkin kita tidak Nampak hasilnya dalam sekelip mata saja, pengorbanan yang kita lakukan pada hari ini akan terbalas di masa hadapan. Lebih manis, pengorbanan kita juga akan dibalas dengan ganjaran pahala di akhirat nanti. Sama2 kita berusaha untuk menikmati kejayaan hidip di dunia dan akhirat.. ameen

1 comment:

  1. Assalammualaikum , saya minta izin untuk ambil isi2 penting dalam coretan saudari untuk membantu saya menyertai pertandingan pidato pada Minggu Bahasa di sekolah saya . Izinkan saya ~

    ReplyDelete