CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 4, 2012

~SEBUAH PENGAJARAN...



  Mimpi…bila sebut mimpi banyak benda yang boleh ditafsirkan..tapi apa yang ingin  diceritakan ini mimpi yang memberi petunjuk pada “dia”.

  Dia yang sedang berlajan bersama teman2 yang dia tak pernah kenali dengan pakaian serba putih…dalam perjalanan nya itu..seorang demi seorang teman2nya hilang..semakin jauh perjalanan,semakin hilang teman2 disisinya..sehingglah dia tinggal berdua untuk meneruskan perjalanan..tiba2 dalam perjalanan,mereka bertemu dengan sekumpulan bayang2 hitam,ada yang tinggi rendah,gemuk kurus..bayang2 hitam tersebut mengikut mereka..mereka lari … sedang mereka berlari….meraka Nampak ada rumah2 dan bangunan2 di kanan dan kiri  yang boleh selamatkan diri mereka..tapi semuanya gelap gelita…tak bercahaya..mereka berlari lagi..sehingga lah mereka ternampak sebuah masjid diatas bukit yang terang lagi bercahaya..masjid yang cantik yang satu2nya ada diatas bukit tersebut..

   Tapi,malangnya tiada 1 pun jalan yang boleh menuju ke masjid itu..melainkan dengan panjat bukit tersebut..dengan yakin..mereka panjat bukit untuk ke msjid tersebut..hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya panjat bukit tersebut…akhirnya dia sampai ke atas,dengan semangat dia menghulurkan tangan untuk menarik temannya,namun tidak kesampaian kerana bayang2 hitam telah menarik dan membawa temannya pergi..dia berlari ke dalam masjid sambil menangis..dia sujud didalam masjid tersebut kerana sedih tidak dapat selamatkan temannya..sedang dia menangis muncul 1 suara..dia tercari2 dari manakah datang suara itu..suara itu bertanya kepada dia“adakah kau tahu siapakah bayang2 hitam yang mengejar kau dan temanmu???  insan tersebut jawab “aku tak tahu” lalu suara itu berkata “mereka adalah amalan burukmu yang  ingin membawamu ke nerakaa” tiba2 dia tersedar dari dari lena mimpi dan lena yang panjang..dia terus beristighfar…

  Dia masih tertanya2 apakah maksud disebalik mimpi tersebut…dia ingin tahu..dia menceritakan mimpi itu kepada seorang sahabatnya..lalu sahabat dia mentafsir mimpinya itu…menurut sahabatnya itu..teman2 yang berpakaian putih itu semuanya adalah amalan baik dan iman dia..dan bayang2 hitam yang mengejar dia dan temannya adalah maksiat2,dosa2 dan keburkan  yang mengejar dia..dan masjid yang terang berchaya itu ialah menandakan tempat tujuan dia yang sebenarnya..masjid bermakna,tempat dia ingin sujud  kepada ALLAH..tapi jalan yang akan dia lalui adalah merupakan jalan yang bukan gembira..ia dipenuhi dengan ranjau dan duri yang banyak..dia kena lalui pahit lelah dan sebagainya…dan dalam perjalanan itu dia mungkin terleka dengan dunia..sehingga mengorbankan iman,amal soleh dan kebaikan dia..

   Dalam Al-quran surah al a’raf ayat 16&17 (iblis mengatakan,aku akan cuba untuk mnyesatkan anak2 adam,aku akan hadir dari depan,belakang,kanan,kiri  mereka.dan kamu’ALLAH’ akan memdapati mereka sedikit sahaja yang bersyukur..{tafsir ibnu kathir}dan {tafsir tabrani ibnu abbas} mentafsir dari depan bermaksud,syaitan akan buat kita tidak yakin dengan akhirat,kita leka dari akhirat..dari belakang bermaksud,syaitan akan buat kita cinta dan sayang pada dunia..dari kanan bermaksud,syaitan akan buat kita tidak yakin akan suruhan agama,dari kiri bermaksud,syaitan akan buat kita nak dan ingin kan kepada maksiat…itulah antara apa yang ditafsirkan oleh sahabatnya..

   Dan ‘DIA’ itu adalah aku..dan mimpi itu memberi petunjuk pada aku,sebab ALLAH ingin aku sedar,ALLAH ingin aku cuba melangkah
kearahNYA,ALLAH rindu akan aku…kerana diri aku ini sudah jauh dari ALLAH..dosa2 yang aku lakukan menerjah diruang fikiran..masihkah ada untuk aku keampunan dariMU,,gelapnya rasa dunia ini tanpa cahaya ILAHI..baru kini aku sedar jalan yang aku lalui memusnah pedoman hidup..dan melemparkan hatiku kelembah kehinaan..dalam kegelapan itu KAU terbitkan cahaya memandu hambaMU menuju iman…menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran…KAU terangilah jalanku menuju syurgaMU..KAU tunjuki lah dengan hidayahMU..hanyalah padaMU kuharapkan keampunan…wahai yang maha pengasih bantulah hambaMU ini yang masih terumbang-ambing dibawa arus duniawi..aku berdoa kepadaMU pimpinlah aku dalam redhoMU,kasihi aku dalam rahmatMU,hanya padaMU aku mengadu..moga mentari hidupku kan bersinar kembali…amen..
  


No comments:

Post a Comment