CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 3, 2014

DUNIA HANYA SEMENTARA,AKHIRAT KEKAL SELAMANYA



اعلموا أنما الحياة الدنيا لعب و لهو وزينة  وتفاخر بينكم  وتكاثر في الأموال والأولاد كمثل غيث أعجب الكفار نباته ثم  يهيج  فتراه مصفرا ثم يكون حطاما و في الأخرة عذاب شديد و مغفرة من الله و رضوان وما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور (20) سورة الحديد

“Ketahuilah , bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyak harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamanya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering  dan kamu lihat warna kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat nanti ada azab yang keras  dan ampunan dari ALLAH serta keridhaanNYA . dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (57:20) surah al hadid.


   lihatlah betapa hebatnya perumpamaan yang ALLAH bagi menjelaskan akan hakikat kehidupan dunia bagi manusia. iaitu dengan dunia hanyalah ‘permainan’ .

   sedangkan ayat ini ALLAH swt menggunakan pembatas “ annama” (hanyalah) untuk menyatakan kerendahan dan kehinaan dunia. kehidupan dunia yang hanya dipenuhi dengan permainan dan senda gurau yang melalaikan belaka, untuk menjelaskan lagi Allah menambahkan bahawa dalam kehidupan permainan dipenuhi dengan perhiasan, bermegah-megah dan berbangga-banggaan harta dan anak belaka. kesibukan kita yang hanya dikelilingi dengan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi kehendak dan tujuan masing-masing.
kita pun lalai, leka dan alpa dengan kehidupan dunia.kita lupa akan tujuan kita diciptakan  di dunia ini hanyalah  semata untuk beribadah kepadaKU. sebagaimana firmanNYA dalam surah adz zariat (56) : “ wamaa kholaqtul jinna wal insan lilla liya’buduun” dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU “ TAPI,kita lalai,leka dan alpa dengan kesibukan dunia ini.

  

   lihatlah, dunia sekarang kita masing-masing sibuk dengan hal-hal sendiri.tanpa menghiraukan orang sekeliling, dengn kerjanya untuk memenuhi jadual hari-hari berikutnya,dengan hiburanya melalui media masa,media cetak,eletronik maupun lansung. yang mana kesemuanya itu tidak lain hanya menjamu dan memenuhi selera hawa nafsu kita.  itulah tabiat kita “ manusia”


‘untuk renungan bersama’


patutkah kita masih lalai sedangakan hari sentiasa berlalu tanpa berundur
patutkah kita bermain/berseronok! sedangkan mati/maut itu bukan mainan/seronok!
aku hairan terhadap aku,dia dan mereka yang masih leka dan alpa akan dunia ini
aku hairan sedangkan tiada apa yang patut dihairankan.


terfikir sejenak, adakah patut kita terus leka dan alpa dengan bermain/berseronok??
sedangkan dirinya akan mati dan keseronokan dan kemewahan akan ditinggalkan.
kita lihat setiap amalan yang kita lakukan akan sentiasa tewas dengan keseronokan.

kita melihat malam dan siang sentiasa menyibukkan kita,
dan kita tak tahu manakah patut kita pilih?beribadahkah?berseronokkah?
akan tetapi setiap perkara dan setiap kesibukan kita itu ada tempoh yang perlu diisi denga
tanggungjawab sebagai aku,,dia,kita dan mereka sebgai hambaNYA.
dan kesemua perkara,pekerjaan dan tindakan kita itu insyaallah ada ganjaran disisiNYA….

JANGAN JADI PEMUJA DUNIA
BILA DUNIA PERGI DIA BERASA RUGI
BILA DUNIA DATANG DIA LUPA DIRI


………..wassalam……….



1 comment: