CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 21, 2014

bermusafir

bismillah..

  hari berganti hari,masa pantas berlalu..walaupun aku bersendirian disini tapi aku tahu ALLAH sentiasa bersama aku,macam acik Aisyah kata "jgn risau kamu bukan sorang2 Allah kan ada" iya! Allah ada :) 

  makin hari makin sunyi mafraq ni kan? iyup!! sunyi..ramai yang bermusafir.. ada yang pulang ke malaysia,ada yang keluar negara keluar mantiqah..and now! its my turn :D ALHAMDULILLAH..aku pulak yang nk keluar mantiqah..walaupun tak semampu orang lain nak berjalan jauh beribu batu untuk mentasfir dan mencari 'ibrah. its not the reason okey! bumi ALLAH ni luas, tak dapat pergi yang jauh yang dekat pun jadi lah.asalkan ia bermanfaat dan ada 'ibrah disitu.. senyum!

  teringat lagu kumpulan mirwana.

berjalan bermusafirlah,
melihat kebesaran tuhan,
yang diciptakan untuk,
mereka yang berfikir,
bersyukur..............

mu;tah tgu aku datang!!

wassalam.

Tuesday, August 12, 2014

JANGAN BERHENTI BERLARI

Bismillah...

 di celah-celah kesibukan manusia yang mencari ruang dan peluang dengan bermacam2 dan berbagai2 cara untuk mendapatkan secicip rezeki, namun kesemuanya ada amanah dan tanggungjawab yang harus digalah baik ayah, ibu, suami, isteri dan anak,yang mana kita semua perlu ada kesedaran dan perlu diberi peringatan berterusan agar kita sebagai hambaNYA tidak lalai dan lupa untuk berusaha mencari bekalan bagi kehidupan yang hakiki kelak.

sebagaimana firman Allah s.w.t:
(55:وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين (سورة الذاريات
dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.



  jika kita ingin dianggap sebagai 'manusia' dan bukan 'binatang ternak' di sisi Allah S.W.T dan ingin mendapat tempat istimewa di sisiNYA..peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang harus ditempuhi. dan memahami tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini dengan suatu tuntutan tidak lain dan tidak bukan ialah " al amr bil ma'ruf wan nahyu 'anil mungkar" satu ayat yang mudah diunggkapkan di bibir manusia namun sukar untuk dilaksanakan. itulah hakikatnya.


  walau diri ini tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat daripada senarai kewajiban kita.harus sedar itu wahai diri.jangan sesekali ditipu oleh syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak cukup baik', 'tidak soleh/ah' dan 'belum ckup ilmu' dengan beribu-ribu alasan..sedarlah wahai diri!! dari bisikan dan hasutan syaitan,harungilah!! dengan penuh keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkanya.

  hakikatnya, kita semua belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham daripada ayat-ayatNYA dan sunnah RasulNYA kepada manusia yang lain.
firman Allah :
 (48 : 42 إن عليك إلا البلاغ :الشورى)
..tugas engkau hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu (asy-syura 42 : 48 )

  sekarang tugas kita sebagai manusia dan khalifah Allah ialah menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk kita bezakan yang mana ma'ruf dan yang mana mungkar. hanya dengan ilmu kita mampu melaksanakan tugas tersebut .INSYAALLAH

wallahu ta'ala 'alam.


  

  

Sunday, August 10, 2014

AKU DAN MOTIVASI





 semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad S.A.W diberikan motivasi melalui Israk Mikraj.Nabi Ibrahim A.S juga memohon motivasi daripada Allah.

   kita semua perlukan motivasi, dan motivasi yang paling unggul ialah motivasi untuk mendapatkan redha Allah dan syurga Allah.sebagaimana Nabi dan sahabat baginda s.a.w, Allah S.W.T mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan Allah dan syurga Allah dengan firmannya :

(bahannya pula adalah kasturi. Oleh yang demikian itu hendaklah mereka berlumba-lumba bagi merebut kelebihan dan kesenangan itu.(Al-mutaffifin 83:26)

  lihatlah, Allah ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Namun kita manusia lebih suka berlumba-lumba mendapatkan nikmat sementara dunia,harta,nama dan pangkat, itulah manusia.
   
  jadi,kejarlah redha dan pahala sediakanlah bekalan untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

  jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu di kemudian hari.

  jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan habis dan hilang.

  jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul kerana ia juga akan tamat dan menjadi punca hasad dengki.



  jadikanlah AllaH,Rasul-Nya dan syurga yang dijanjikan-NYA sebagai motivasi, nescaya Allah tidak akan mati dan janji-janjiNYA tidak akan mengecewakan.

      membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman.jangan biarkan kata-kata negetif orang terhadap perkara yang baik untuk bekal akhirat kita, membantut semngat kita, bahkan jadikan ia pendorong dan motivasi utk kita.

wallahu ta'ala 'alam.




Sanah helwah akhi :)


bismillah..

sanah helwah  :)

sweet 20 5/8/2014

ya Allah panjangkan lah umur dia, berilah dia kesihatan dan suburkanlah dia dengan kehidupan yang baik. dan berikanlah dia petunjuk dan ketetapan dunia dan akhirat.

ya Allah perbaikilah dirinya dan akhlaknya dan hiasilah jiwannya dengan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan.

jadikan dia seorang yang berbakti kepada abi ummi dan jadikan dia dikalangan orang yang soleh dan hindarilah dy dari orang-orang yang berhasad dengki..

menyanyangi disayangi





menyanyangi seseorang dan membenci perwatakannya 
adalah dua erkara yang berbeza,
fahamilah...
berapa ramai anak derhaka
tapi dia tetap disayangi ibu bapanya, 
dibenci pada derhaka perwatakannya.
tapi, disayang pada batang tubuhnya.
benci itu buknan mahu hubungan dijarakkan,
 tapi mahukan perubahan.
mungkin inilah yang dipanggil benci dalam sayang.

#mogamenjadihambayangsolehah/soleh 
cc: hhhs

Thursday, February 13, 2014

ASHABUL UKHDUD

¤KISAH ASHABUL UKHDUD (Al-Buruj 1-10)
Surah Al-Buruj terdapat peristiwa Kisah Ashabul Ukhdud. Apakah kisahnya itu?

  وَالسَّمَاء ذَاتِ الْبُرُوجِ (1) وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ (2) وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ (3) قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ (4) النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ (5) إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ (6) وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ (7) وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (8) الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (9) إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ (10
1. Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan;
3. dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; -
4. Celakalah kaum Yang menggali parit,
5. (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran,
6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
7. sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman.
8. dan mereka tidak marah dan menyeksa orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
10. Sesungguhnya orang-orang Yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api Yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).



Bagi tafsir surah al-Buruj ayat 1-10, Imam Ibnu Katsir memetik hadis berikut iaitu:

Allah menjadikan langit dan bintang sebagai saksi untuk peristiwa ashabul ukhdud (Para Pembuat Parit).

حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ أَخْبَرَنَا ثَابِتٌ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ صُهَيْبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ مَلِكٌ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ فَلَمَّا كَبِرَ السَّاحِرُ قَالَ لِلْمَلِكِ إِنِّي قَدْ كَبِرَتْ سِنِّي وَحَضَرَ أَجَلِي فَادْفَعْ إِلَيَّ غُلَامًا فَلَأُعَلِّمُهُ السِّحْرَ فَدَفَعَ إِلَيْهِ غُلَامًا فَكَانَ يُعَلِّمُهُ السِّحْرَ وَكَانَ بَيْنَ السَّاحِرِ وَبَيْنَ الْمَلِكِ رَاهِبٌ فَأَتَى الْغُلَامُ عَلَى الرَّاهِبِ فَسَمِعَ مِنْ كَلَامِهِ فَأَعْجَبَهُ نَحْوُهُ وَكَلَامُهُ فَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ وَقَالَ مَا حَبَسَكَ وَإِذَا أَتَى أَهْلَهُ ضَرَبُوهُ وَقَالُوا مَا حَبَسَكَ فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ فَقَالَ إِذَا أَرَادَ السَّاحِرُ أَنْ يَضْرِبَكَ فَقُلْ حَبَسَنِي أَهْلِي وَإِذَا أَرَادَ أَهْلُكَ أَنْ يَضْرِبُوكَ فَقُلْ حَبَسَنِي السَّاحِرُ وَقَالَ فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَتَى ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى دَابَّةٍ فَظِيعَةٍ عَظِيمَةٍ وَقَدْ حَبَسَتْ النَّاسَ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ أَنْ يَجُوزُوا فَقَالَ الْيَوْمَ أَعْلَمُ أَمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَمْ أَمْرُ السَّاحِرِ فَأَخَذَ حَجَرًا فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ وَأَرْضَى لَكَ مِنْ السَّاحِرِ فَاقْتُلْ هَذِهِ الدَّابَّةَ حَتَّى يَجُوزَ النَّاسُ وَرَمَاهَا فَقَتَلَهَا وَمَضَى النَّاسُ فَأَخْبَرَ الرَّاهِبَ بِذَلِكَ فَقَالَ أَيْ بُنَيَّ أَنْتَ أَفْضَلُ مِنِّي وَإِنَّكَ سَتُبْتَلَى فَإِنْ ابْتُلِيتَ فَلَا تَدُلَّ عَلَيَّ فَكَانَ الْغُلَامُ يُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَسَائِرَ الْأَدْوَاءِ وَيَشْفِيهِمْ وَكَانَ جَلِيسٌ لِلْمَلِكِ فَعَمِيَ فَسَمِعَ بِهِ فَأَتَاهُ بِهَدَايَا كَثِيرَةٍ فَقَالَ اشْفِنِي وَلَكَ مَا هَاهُنَا أَجْمَعُ فَقَالَ مَا أَشْفِي أَنَا أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَإِنْ أَنْتَ آمَنْتَ بِهِ فَدَعَوْتُ اللَّهَ فَشَفَاكَ فَآمَنَ فَدَعَا اللَّهَ لَهُ فَشَفَاهُ ثُمَّ أَتَى الْمَلِكَ فَجَلَسَ مِنْهُ نَحْوَ مَا كَانَ يَجْلِسُ فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ يَا فُلَانُ مَنْ رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ فَقَالَ رَبِّي قَالَ أَنَا قَالَ لَا لَكِنْ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ قَالَ أَوَلَكَ رَبٌّ غَيْرِي قَالَ نَعَمْ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّهُ عَلَى الْغُلَامِ فَبَعَثَ إِلَيْهِ فَقَالَ أَيْ بُنَيَّ قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ أَنْ تُبْرِئَ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَهَذِهِ الْأَدْوَاءَ قَالَ مَا أَشْفِي أَنَا أَحَدًا مَا يَشْفِي غَيْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ أَنَا قَالَ لَا قَالَ أَوَلَكَ رَبٌّ غَيْرِي قَالَ نَعَمْ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ فَأَخَذَهُ أَيْضًا بِالْعَذَابِ فَلَمْ يَزَلْ بِهِ حَتَّى دَلَّ عَلَى الرَّاهِبِ فَأَتَى بِالرَّاهِبِ فَقَالَ ارْجِعْ عَنْ دِينِكِ فَأَبَى فَوَضَعَ الْمِنْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ وَقَالَ لِلْأَعْمَى ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ فَأَبَى فَوَضَعَ الْمِنْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَقَالَ لِلْغُلَامِ ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ فَأَبَى فَبَعَثَ بِهِ مَعَ نَفَرٍ إِلَى جَبَلِ كَذَا وَكَذَا فَقَالَ إِذَا بَلَغْتُمْ ذُرْوَتَهُ فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلَّا فَدَهْدِهُوهُ مِنْ فَوْقِهِ فَذَهَبُوا بِهِ فَلَمَّا عَلَوْا بِهِ الْجَبَلَ قَالَ اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ فَرَجَفَ بِهِمْ الْجَبَلُ فَدُهْدِهُوا أَجْمَعُونَ وَجَاءَ الْغُلَامُ يَتَلَمَّسُ حَتَّى دَخَلَ عَلَى الْمَلِكِ فَقَالَ مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ فَقَالَ كَفَانِيهِمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَبَعَثَهُ مَعَ نَفَرٍ فِي قُرْقُورٍ فَقَالَ إِذَا لَجَجْتُمْ بِهِ الْبَحْرَ فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلَّا فَغَرِّقُوهُ فَلَجَّجُوا بِهِ الْبَحْرَ فَقَالَ الْغُلَامُ اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ فَغَرِقُوا أَجْمَعُونَ وَجَاءَ الْغُلَامُ يَتَلَمَّسُ حَتَّى دَخَلَ عَلَى الْمَلِكِ فَقَالَ مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ قَالَ كَفَانِيهِمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ قَالَ لِلْمَلِكِ إِنَّكَ لَسْتَ بِقَاتِلِي حَتَّى تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ فَإِنْ أَنْتَ فَعَلْتَ مَا آمُرُكَ بِهِ قَتَلْتَنِي وَإِلَّا فَإِنَّكَ لَا تَسْتَطِيعُ قَتْلِي قَالَ وَمَا هُوَ قَالَ تَجْمَعُ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ ثُمَّ تَصْلُبُنِي عَلَى جِذْعٍ فَتَأْخُذُ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِي ثُمَّ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتَنِي فَفَعَلَ وَوَضَعَ السَّهْمَ فِي كَبِدِ قَوْسِهِ ثُمَّ رَمَى فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ فَوَضَعَ السَّهْمَ فِي صُدْغِهِ فَوَضَعَ الْغُلَامُ يَدَهُ عَلَى مَوْضِعِ السَّهْمِ وَمَاتَ فَقَالَ النَّاسُ آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ فَقِيلَ لِلْمَلِكِ أَرَأَيْتَ مَا كُنْتَ تَحْذَرُ فَقَدْ وَاللَّهِ نَزَلَ بِكَ قَدْ آمَنَ النَّاسُ كُلُّهُمْ فَأَمَرَ بِأَفْوَاهِ السِّكَكِ فَخُدِّدَتْ فِيهَا الْأُخْدُودُ وَأُضْرِمَتْ فِيهَا النِّيرَانُ وَقَالَ مَنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ فَدَعُوهُ وَإِلَّا فَأَقْحِمُوهُ فِيهَا قَالَ فَكَانُوا يَتَعَادَوْنَ فِيهَا وَيَتَدَافَعُونَ فَجَاءَتْ امْرَأَةٌ بِابْنٍ لَهَا تُرْضِعُهُ فَكَأَنَّهَا تَقَاعَسَتْ أَنْ تَقَعَ فِي النَّارِ فَقَالَ الصَّبِيُّ يَا أُمَّهْ اصْبِرِي فَإِنَّكِ عَلَى الْحَقِّ


Telah menceritakan kepada kami 'Affan Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah telah mengkhabarkan kepada kami Tsabit dari 'Abdur Rahman bin Abu Laila dari Shuhaib bahwa Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Dulu sebelum kalian ada seorang raja, ia memiliki tukang sihir, saat tukang sihir sudah tua, ia berkata kepada rajanya: Aku sudah tua dan ajalku sudah tiba, serahkan seorang pemuda kepadaku untuk aku ajari sihir. Lalu seorang pemuda diserahkan padanya, ia mengajarkan sihir kepada pemuda itu. (Jarak) antara tukang sihir dan si raja terdapat seorang rahib.

Si pemuda itu mendatangi rahib dan mendengar kata-katanya, ia kagum akan kata-kata si rahib itu sehingga (dia kerisauan kerana kelewatan itu) bila datang ke si penyihir pasti dipukul, ia (guru tukang sihirnya akan) bertanya: Apa yang menghalangmu (sehingga terlewat)? Dan bila ia pulang (ke rumah) keluarganya, mereka pasti memukulnya, mereka bertanya: Apa yang menghalangmu (sehingga terlewat pulang ke rumah)?

Pemuda itu mengeluhkan hal itu kepada si rahib, ia berkata: Bila tukang sihir hendak memukulmu, katakan: Keluargaku menahanku, dan bila keluargamu hendak memukulmu, katakan: Si tukang sihir menahanku.

Saat seperti itu, pada suatu hari ia terserempak dengan haiwan yang besar yang menghalangi jalanan orang, ia mengambil batu lalu berkata: Ya Allah, bila urusan si rahib lebih Engkau sukai dan membuatmu senang dari pada tukang sihir itu maka bunuhlah binatang ini (dengan sekali rejam) hingga orang boleh lalu di sini. Ia melemparkan batu itu dan membunuhnya, orang-orang pun dapat lalu jalan itu.

Ia memberitahukan hal itu kepada si rahib. Si rahib berkata: Pemudaku, engkau lebih baik dariku dan engkau akan mendapat ujian, bila kau mendapat ujian jangan menunjukkan kepadaku (akan latar belakang diriku).

Si pemuda itu mampu menyembuhkan orang buta dan berbagai penyakit. Salah seorang sahabat raja yang buta lalu ia mendengarnya, ia mendatangi pemuda itu dengan membawa hadiah yang banyak, ia berkata: Sembuhkan aku dan kau akan mendapatkan yang aku kumpulkan di sini. Pemuda itu berkata: Aku tidak menyembuhkan seorang pun, yang menyembuhkan hanyalah Allah 'azza wajalla, bila kau beriman padanya, aku akan berdoa kepadaNya agar menyembuhkanmu. Teman si raja itu pun beriman lalu pemuda itu berdoa kepada Allah Subhaanahu wa Ta'ala lalu ia pun sembuh.

Sahabat kepada raja itu kemudian mendatangi raja lalu duduk mendekatinya.
Si raja berkata: Hai fulan, siapa yang menyembuhkan matamu?
Orang itu menjawab: Rabbku.
Si raja berkata: Aku?
Orang itu berkata: Bukan, tapi Rabbku dan Rabbmu adalah Allah.
Si raja berkata: Apa kau punya tuhan selainku?
Ia menjawab: Ya.
Si raja terus menyeksanya hingga ia menunjukkan pada pemuda itu lalu ia mengirim utusan menemuinya, ia berkata: Pemudaku, sihirmu yang bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan penyakit-penyakit ini telah terdengar di mana-mana.
Pemuda itu berkata: Bukan aku yang menyembuhkan, tidak ada yang bisa menyembuhkan selain Allah 'azza wajalla.
Raja berkata: Aku?
Pemuda itu berkata: Bukan.
Raja berkata: Apa kau punya tuhan selainku?
Pemuda itu menjawab: Ya, Rabbku dan Rabbmu adalah Allah.
Si raja menyeksa pemuda itu hingga ia menunjukkan pula kepada si rahib.
Si raja mendatangi si rahib dan berkata: Tinggalkan agamamu.
Si rahib tidak mahu lalu si raja meletakkan gergaji tepat di tengah kepalanya hingga sebelahnya terkapar di tanah.
Si raja berkata kepada pemuda itu: Tinggalkan agamamu.
Pemuda itu tidak mau. Lalu si raja mengirimnya ke gunung berserta sekian tenteranya, raja berkata: Bila kamu semua sudah mencapai puncaknya, bila ia mahu meninggalkan agamanya (biarkanlah dia) dan bila tidak mahu, lemparkan dari atas gunung.
Saat mereka berada di atas gunung, pemuda itu berdoa: Ya Allah, cukupilah aku dari mereka sekehendakMu.
Ternyata gunung menggegarkan mereka dan mereka semua terlempar. Pemuda itu kembali pulang hingga tiba di hadapan raja.
Raja berkata: Bagaimana keadaan kawan-kawanmu?
Pemuda itu menjawab: Allah 'azza wajalla mencukupiku dari mereka.
Si raja lalu mengirimnya ke sebuah perahu bersama sekian tenteranya, raja berkata: Bawalah ke tengah laut, bila ia mahu meninggalkan agamanya (bawalah dia pulang) dan bila ia tidak mahu meninggalkannya, tenggelamkan dia.
Mereka membawanya ke tengah laut lalu pemuda itu berdoa: Ya Allah, cukupilah aku dari mereka sekehendakMu. Akhirnya mereka semua tenggelam.
Pemuda itu pulang hingga tiba di hadapan raja, raja bertanya: Bagaimana keadaan teman-temanmu.
Pemuda itu menjawab: Allah 'azza wajalla mencukupiku dari mereka.
Setelah itu ia berkata kepada raja: Kau tidak akan mampu membunuhku hingga kau melakukan yang aku perintahkan, bila kau mahu melakukan yang aku perintahkan, kau akan dapat membunuhku.
Raja bertanya: Apa itu?
Pemuda itu berkata: Kumpulkan semua orang di tanah luas lalu saliblah aku di atas pelepah, ambillah satu anak panah dari sarung panahku lalu ucapkan: Dengan nama Allah, Rabb pemuda ini. Bila kau melakukannya (sebagaimana perintahku ini) kau akan dapat membunuhku.

Akhirnya raja itu melakukannya. Ia meletakkan anak panah di tengah-tengah panah lalu melesaknya seraya berkata: Dengan nama Allah, Rabb pemuda ini.
Anak panah itu dipanahkan ke dada pemuda itu lalu pemuda meletakkan tangannya di tempat panah tercucuk kemudian mati.
(Tiba-tiba, tanpa disangka-sangka) Orang-orang (yang berada di tanah lapang) berkata: Kami beriman dengan Rabb pemuda itu.
Dikatakan kepada raja: Tahukah kamu akan sesuatu yang kau khuatir, demi Allah kini telah menimpamu. Orang-orang itu beriman seluruhnya.
Si raja kemudian memerintahkan (bala tenteranya) membuat lubang di jalanan kemudian dinyalakan api. Raja berkata: Siapa pun yang meninggalkan agamanya, biarkan dan bila tidak mahu jerumuskan di dalamnya. Mereka dengan cepat mendatanginya dan saling mendorong hingga datanglah seorang wanita bersama anaknya yang masih menyusu, sepertinya ia hendak mundur agar tidak terjatuh dalam kubangan api lalu si bayi itu berkata: Ibuku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran."


I’brah yang boleh di ambil :
1. Belajar di waktu muda lebih mudah untuk menangkap pelajaran dan memahami. Inilah alasan tukang sihir itu memilih remaja daripada yang sudah tua. Demikianlah yang dituntutkan para ulama kita, hingga sebahagian mereka mengatakan: “Belajar di waktu muda bagai mengukir di atas batu, dan belajar di waktu tua bagai mengukir di atas air.”

2. Kemenangan dakwah bukan hanya diukur banyaknya orang yang mengikuti da’ie di saat dia masih hidup. Boleh jadi setelah dia meninggal dunia, orang banyak mulai menyedari kebenaran yang disampaikannya.

3. Termasuk sebuah kemenangan adalah ketika seorang mukmin lebih memilih api yang membakar dirinya daripada hilangnya keimanan yang ada di dalam dadanya. Inilah yang terlihat dari seorang wanita yang lemah dengan bayinya yang masih dalam buaian. Wanita itu merasa hiba kalau anaknya ikut terbakar, tapi Allah s.w.t jadikan bayi itu mampu bercakap dan menasihati ibunya agar tetap teguh di atas keimanannya.

4. Sifat Rahmat Allah S.w.t, di saat begitu hebatnya kekejaman orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman, di mana mereka dengan tanpa perikemanusiaan membakar hidup-hidup orang-orang yang menyatakan dirinya beriman, Allah s.w.t masih memberi kesempatan bagi orang-orang kafir itu untuk bertaubat.

5. Allah s.w.t mengabulkan doa orang yang sedang tersepit dalam kesulitan atau kesusahan jika dia berdoa kepada-Nya. Maka apabila seorang yang sedang dalam kesulitan memohon sesuatu kepada Allah s.w.t dengan penuh keyakinan, pasti Allah s.w.t mengabulkan permintaannya.