CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 5, 2013

:: CERITA HATI BUATMU SAHABAT ::



 Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan...
merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu
kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan... tetapi adakah
persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada Dia yang punya 
segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri?? 
adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi??

   Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi...
maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri
di hatimu... maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna
untuk menjadi sahabatmu yang baik... maafkan aku sahabat andai 
aku bukan sahabat yang kau cari...

   Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi
diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat... mengharap sahabat yang 
sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka dengan
sahabat sendiri... mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi
keegoan masih beraja di dalam hati...



  

 Andai aku tidak seperti menghargaimu, bukan bermaksud aku tidak
sudi... bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi 
sahabatku... tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan
perasaan kasihku... tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang
kepadamu walaupun aku tahu, "jika seseorang itu menyayangi sahabatnya, 
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya" 
(riwayat Abu Daud)... tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu 
sahabat, aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku...

  Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini...
menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukuwah...
sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita dan takdir Allah
jualah yang mampu memisahkan kita... perasaan cinta pada sahabat
itu adalah kurniaan dari-Nya... perasaan manisnya berukhuwah itu juga
adalah nikmat dari-Nya... jadi mengapa perlu berputus asa dalam 
bersahabat andai engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi
tali ukhuwah yang sudah sekian lama tersimpul??

  adakah ruang untuk maafkan diri yang kerdil ini?
diri ini hadir dalam kehidupan sahabat sekalian adalah bertujuan hanya
merasakan secebis kenangan manis bersahabat...
HANYA ITU SAHAJA..






  tidak terniat pula untuk merampas sesiapapun diantara sahabat sekalian...
ingin aku katakan bahawasanya aku sangat-sangat dhoif dalam segala hal...
halalkanlah makan dan minum saya serta segala-galanya yang telah 
banyak kita kongsikan selama kita telah bersama...



  Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu
betapa kurangnya diriku ini... sesungguhnya aku benar-benar 
mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana
Allah... sungguh! biarlah hubungan kita ini berkekalan hingga ke 
akhirat nanti, bukannya terhenti di penghujung dunia sahaja...


“aku,bukanlah yg terbaik bt diriku,
Diriku bukanlah yg terbaik bt sahabatku,
Aku cuba menjadi sahabat,
Sahabat buat sahabatku,

Sahabat….
Maafkan aku andai melukakan hatimu,
Maafkan aku jika tidak mampu membuatkan mu tersenyum,
Aku tahu,kau memendam rasa,menyimpan perasaan,bergembira dihadapanku,
Tapi hatimu sahabat?

Aku jua bagai dihiris bila kau terguris,
Engkau merintih,aku jua merintih,
Engkau menangis,aku jua menangis,
Engkau ketawa,aku jua turut ketawa,
Pandanglah aku dari kaca mata hatimu,
Jangan engkau pandang aku dari kaca matamu,
Dirimu buat diriku,adalah sahabatku..”







"khas buatmu sayangku"
N.A.C.S          

Sunday, November 3, 2013

:: S.A.H.A.B.A.T ::







Tiada satu makhluk pun di dunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.


Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.


Lafazkan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.

iluvislam, ukhwah, sahabat
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.

Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.


Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat kita. Sangat tidak wajar jika kita menghukum seorang sahabat dengan tidak memberi maaf dan tidak tersenyum kepadanya.
Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.

Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafazkanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas.

Tiada satu makhluk pun di dunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.











Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :




      * Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    * Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.'

     *Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

   * Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    *Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut   kebaikan kamu.

     *Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

    *Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

 * Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 

   * Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 

     * Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

    *Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.


Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…



P/S  : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.




< DOA RABITAH >




Ya Allah,
Menjelanglah kini malam ciptaanMu,
Beredarlah sudah siangMu,
Inilah keluhan suara dan pinta para du'ahMu...

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya...

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang benar,
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman,keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu...

Jika Engkau mentaqdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...

Ya Allah,
Perkenankanlah permintaan ini...

Restuilah Ya Allah,
Atas Nabi Muhammad, Ahli Keluarga baginda dan sahabat baginda seluruhnya...

Ya Allah,
restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya...

Amin...



Nukilan Buat DIRI YANG DHOIF...
























Wahai DIRI...

Dirimu telah dianugerahi...
Dirimu juga telah di uji...
Maka segala yang datang dan pergi itu meskipun boleh kau tangisi...
tetapi hidup ini tidak akan terhenti pada detik hati kita kecewa meratapi...
Hidup ini tidak akan terhenti hanya kerana kita kehilangan yang disayangi...
Maka telanilah semuanya dengan rela hati...
Pasti kau akan merasai betapa di sebalik semua itu, terselit kasih dan rahmat Ilahi...
Hanya engkau yang perlu mensyukuri...
barulah kau mampu merasai...

Wahai DIRI...

Kite telah banyak terdidik dengan kehilangan...
Kehilangan orang yang kite sayang...
Semua yang kite sayang pergi...
Walaupun kite dan mereka x serapat seperti kite dgn ahli keluarga...
namun kehilangan mereka tetap dirasai kesedihannya...

Namun Alhamdulillah...
kerana semua itu telah mampu mendidik rohani kite...
utk mengawal batas cinta antara sesama manusia...

Mengasihi ayah ibu, saudara-mara, sahabat handai, kekasih...
Semuanya harus mempunyai batasan agar tidak melebihi cinta kpd Allah dan agama...
Kehilangan dalam hidup ini merupakan suatu ujian praktikal bahawa tiada yang abadi satu pun di dunia ini sama ada yang kita sayangi ataupun yang menyayangi kita...
Semuanya akan pergi...
Kerana lazimnya kehidupan akan berakhir dengan kematian...
Pertemuan akan berakhir dengan perpisahan...
Setiap permulaan pasti ada akhirnya...

Wahai DIRI...

Ya Allah...
aku benar-benar telah di uji oleh Mu..
Apakah aku benar-benar mampu melaluinya tanpa cinta manusia terhadapku,
tanpa cinta orang yang aku cintai?
Hambamu ini sedar Ya Allah...
Engkau benar-benar mahu menguji hatiku...
Tidak akan ku tahu betapa lemahnya cintaku kepadaMu sekiranya aku tidak di uji begini...
Tidak akan ku tahu betapa aku lebih cintakan dunia daripada cinta kepadaMu 
Tidak akan ku sedar hakikat diri ini yang sebenarnya Ya Allah...

Ya Allah...
Dalam hidup ini terlalu besar dosaku kepadaMu...
Terlalu banyak maksiatku kepadaMu...
Sedangkan taubat yang ku pohon kepadaMu sering ku mungkiri lewat hati tergores...
Selalu ku mungkirinya Ya Allah...
meskipun sewaktu memohon taubatku itu daku merayu kapadaMu...
daku menangis menyesali dosaku...
tetap juga aku mengulanginya...
Hinanya diriku Ya Allah...
Namun dalam hidup ini...
dengan kelemahan dan kehinaan diriku itulah daku tetap memerlukan bantuanMu...
untuk teruskan semuanya...
kerana ada di antara yang berat yang Engkau timpakan padaku itu tidak mampu untuk ku gagahi dgn secebis kekuatan yang ada padaku...
Terlalu banyak kejadian di dalam hidup ini...
tidak mampu ku gagahinya Ya Allah...
Terlalu banyak Ya Allah...
Lindungilah diriku...
Lindungilah hatiku...
Lindungilah imanku Ya Allah...


Terima kasih wahai Tuhanku...
Terima kasih Ya Allah Ya Muhaimin...
Terima kasih kerana melindungi diriku dan terus mendidikku agar selalu memohon dan merayu kpdMu...
Terima kasih kerana Engkau masih melindungi sekeping hatiku yang kotor ini...
Kurniakan daku rasa gentar setiap kali mengingatiMu...


Hadirkan cinta kepadaMu di hatiku...

Amin Ya Rabbal a'lamin...

duhai hati....

Bila kau letih dan hilang semangat...
Allah tahu kau telah mencuba segalanya...
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan...
Allah telah mengira titisan air matamu...
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan...
Allah sentiasa disisimu...
Bila kau telah mencuba segala-galanya
tapi kau tak tahu arah tujumu...
Allah adalah jalan penyelesaiannya...
Bila kau rasa hidup ini bagai tiada erti buatmu...
keliru dan kecewa...
Allah adalah jawapannya...

Ingatlah duhai diri...kita masih ada Dia!
Dia berkuasa beri rezeki kepada siapa sahaja yang Dia mahu...
Yang penting Dia Maha Adil...

Saturday, November 2, 2013

DOAKU...


 
 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
 
 
  YA ALLAH...jika takdirMU aku ini hidup dan mati dalam kemiskinan harta,janganlah Engkau sempitkan jalanku mencari ilmu dan redhaMU.Jangan Engkau tutup pintu HATI ini dalam mencari dan mengenalMU..agar aku lebih kasih dan cinta kepadaMu..bukankanlah segala hijab yang menabiri kalbuku ini...berikanlah aku kekuatan untuk bersdendirian berjalan kepadaMU....dan kiranya aku mempunyai seseorang untuk bergantung harap dan bergantung kasih, janganlah Engkau pulaa menjauhkan diriku daripadaMU...janganlah Engkau membolak-balikan hatiku..janganlah pula Engkau memalingkan hati dan kasih sayangku kepdanya selainMU...AMIIN..
 

Monday, July 15, 2013

liku-liku hidup


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....



        Masa berlalu tanpa ada izin laluan.jam berganti jam,hari berganti hari,minggu         berganti minggu. sedar tak sedar,sminggu aku berpuasa dalam Ramadhan. bersama-samasahabat seperjuanganku yang sama-sama menuntut di bumi Mafraq,Jordan.


      bagiku,puasa merupakan satu anugerah dari Ilahi. manakan tidak,bukan inilah lubuk     emas buat kami melipatgandakan pahala. dah bulan ini jugaklah lubuk emas kami untuk berjimat cermat. sekurang-kurangnya,kuranglah sikit bebanan untuk memikirkan jumlah    tabung kami untuk membayar wang jamiah apabila kos makanan sudah mampu dikurangkan. tapi,belum tentu wang itu mencukupi. 

     apabila barang-barang masak di dapur sudah habis, tiada siapa yang berani berbicara.nak beli barang sakan,mau pakai duit apa?duit siapa? sekali beli barang bukan sedinar dua,tapi belasan dinar. namun alhamdulillah, dalam ramadhan kami mampu berjimat banyak. kami berbuka dengan hidangan ala kadar sahaja. 

kadang-kadang ada jugak sahabat yang bermurah hati, berkongsi rasa lauk-pauk yang kami masak. siapa percaya?aku hanya menerima wang poket dari keluarga 10JD sebulan (rm45) cuma sebulan itu cukup untuk segalanya?

sungghu !! sungguh !! itu sudah mencukupi bagi aku...

kerana adik-adikku masih bersekolah di tanah air jugak,sama macam aku masih belajar. mereka pun tak cukup "meterial" dan segalanya. sedangkan bagiku mereka lebih memerlukan. aku yang melihat teman-teman berbuka dengan juadah yang mewah-mewah tanpa memikirkan maslah kewangan yang dihadapinya, hanya mampu tersenyum sambil memujuk jiwa yang ingin merasa seperti mereka.



    wang bukanlah satu masalah pada mereka,ditaja,mempunyai ibubapa yang senang.apalagi yang dimahukan ? acap kali jugak lafaz " duit dah kering " diucapkan mereka. bagi aku semua itu tak ada apa-apa makna pun. sungguh !! jika mereka-mereka yang ditaja sering kali mengungkap lafaz " kering " jadi aku ini apa?

mungkin si padang sahara yang kering kontang,seperti dilanda kemarau di bumi Nabi Yusuf dahulu kala ! benarlah ujian-ujian lain.mereka diuji untuk bersyukur . 

firman Allah s.w.t : dan maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (surah ar rahman :13) .


   dan aku pula diuji untuk sabar dalam perjuangan ini. firman Allah s.w.t : allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya ( surah al-baqarah :286)
langkah perlu gagah demi ummah. namun aku sedar kadang-kadang ujian dan masalh yang datang membuatkan langkahku lemah untuk melangkah jauh kehadapan. kerana aku tahu janji Allah itu PASTI !! 

 firman Allah s.w.t : apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : " kami telah beriman , sedangkan merekatidak diuji lagi". ( al ankabuut : 2 )

wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan bersiap sedialah dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung ( surah ali imran : 200)

     raya kali ini,raya ke3 di perantauan entahlah.perasaan mahu pulang ke tanah air itu   kurang ada. bukan kata tak rindu.entah tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. walaupun jauh dimata tapi dekat dihati :) hanya doa yang mampu disampaikan buat insan-insan yang tersayang yang jauh nun disana.


        raya sebelum ini mungkin banyak bergantung harap pada sumbangan sahabat-sahabat      dan Unit Zakat Sedekah  (USZ). kalau tidak ! baju raya? cukuplah sekadar jubah yang tahun sebelumnya. mungkin lauk pauk akan bertambah satu dua. itupun hanya pada hari raya pertama. mungkinkah raya kali ini yang bakal menyusul selapas ramadhan, ada nikmat yang lebih mampu aku rasakan?? insyaallah....


*************




Tuesday, July 9, 2013

marhaban ya ramadhan



bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah summalhamdulillah..

 selamat menyambut ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat...

 bulan ramadhan bulan al-quran , bulan qiam ,bulan sedekah ,bulan kemenangan , bulan yang digandakan pahala setiap hambaNYA.Maha suci ALLAH yang telah mengurniakan pelbagai kelebihan dalam bulan yg penuh barakah dan suci ini.

 moga dengan kedatangan ramadhan kali ini dapat kita hayati dengan penuh keimanan dan mengharapkan pengampunan dari ALLAH s.w.t..



dari abu hurairah r.a berkata :

"sesiapa yang mendirikan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu"



riwayat : bukhari,muslim,tirmizi,abu daud,nasaie,ahmad dan                      
          baihaqi


Wednesday, June 12, 2013

ALLAH IS NEAR


Bismillahirrahmanirrahim….


Allah tak pernak janjikan kita yang jalan kebaikan  itu penuh dengan kemudahan serta kesenangan....

Akan tetapi..

Allah janjikan untuk sentiasa berada dengan kita setiap detik J
“dan apabila hamba2Ku bertanya kpdmu (Muhammad) tentang aku, mka sesungguhnya aku dekat.”

Think of Allah and he will think of you..

Turn to Allah,He is nearer.just a saying that always reminds me mhenever me in ‘hard’ moment.


FASTABIQUL KHAIRAAT


Bismillahirrahmanirrahim….

Sukar memelihara diri dari kelalaian HATI…namun nak seribu daya tak nak seribu dalih…berUSAHA untuk ISTIQAMAH diatas  jalan yang diredhai ALLAH S.W.T…





RINTIHAN



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..


Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah 

--- "Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah) 

--- Berkata Abul Asy’ats Ash-Shan’aani r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba-Ku yang mu’min, lalu ia memuji-Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada malaikat-Ku agar ‘Kamu catitkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu mencatitkannya sebelum ini’.”
(Riwayat Ahmad dan Thabrani)

~Lapangkan hati tenangkan fikiran tangan di dada,sambil berkata "ujian yg aku hadapi sgt ringan klu nk dibandingkan dgn org lain,moga aku diberi kekuatan"



Photo: Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah ^_^

---  "Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah) 

---  Berkata Abul Asy’ats Ash-Shan’aani r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba-Ku yang mu’min, lalu ia memuji-Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada malaikat-Ku agar ‘Kamu catitkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu mencatitkannya sebelum ini’.”
 (Riwayat Ahmad dan Thabrani)

~Lapangkan hati tenangkan fikiran tangan di dada,sambil berkata "ujian yg aku hadapi sgt ringan klu nk dibandingkan dgn org lain,moga aku diberi kekuatan"

ROAD TO RAMADHAN




Bismillahirrahmanirrahim....


usah meletakkan salah pada yang lain,kerana hatimu akan berterusan merasa tidak tenang dengannya..
letaklah kekurangan pada diri sendiri,dan tenanglah hatimu dengan berusaha memperbaikinya.

:: road to Ramadhan,insyaAllah kheir ::




Allahumma Bariklana fi Rajab Wa Sya'ban
Wa Ballighna RAMADHAN.....

Wednesday, May 8, 2013

DOA USAHA ILTIZAM TAWAKKAL :)


semua orang tangah berdebar nak exam nihaie . aku pun begitu jugak. tapi tak stat study pun lagi.


tapi pernah tak di satu ketika itu.
kita rasa tak ade pertolongan ?
aku pun pernah rasa..

ketahuilah wahai sahabat,


bila kepenatan menjelma, bersabarlah.
bila keletihan hadir, bersabarlah.
bila ketakutan menguasai, bersabarlah.
bila putus asa menghampiri, bersabarlah.

"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." [74:7]




dan yang paling penting,
biar apa yang kita usahakan itu betul niatnya hanya kerana Allah.
dan pulangkan semula kepada Allah untuk urusan natijah selepas itu.
kerana natijah itu memang dari Allah. hanya dari Dia.
tetapi sunnatullahnya begini, kalau kita inginkan kejayaan, usaha haruslah didahulukan. :)
Allah takkan bagi kejayaan secara percuma kepada kita. usaha itu perlu.

cuma dalam tiap langkah kita berusaha, hadirkanlah Allah dalam diri di setiap saat. hadapilah segalanya dengan adanya Allah di hati. sebab kita tahu hanya Dia yang dapat bantu kita. bukan orang lain. 

percaya tak ni ? kene percaya gak!!


Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu ? Karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal. 


[3 : 160]


dan wahai sahabat,
jangan sesekali dilupakan simpulan tali kebergantungan kepada Dia.
pastikan simpulan itu utuh di setiap saat. di setiap ketika. dan di setiap detik.walaupun kadang2 rasa lalai itu sentiasa hadir..tapi kalau kita ini beriman kepada Dia, kita pasti percaya bahawa Dia sememangnya akan bagi yang terbaik buat kita kan ?

Allah jua berfirman,

"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya." [65:3]




kita kata kita percaya. 
jadi percayalah bahawa Allah itu penulis terbaik, pelukis terbaik dan perancang terbaik.
titipkan kebergantungan itu di setiap hela nafas.

moga Allah memudahkan urusan kita ini.

moga segala usaha ini akan lebih dekatkan diri kita dengan redha Dia.

dan jangan pernah berhenti minta dari Dia. :)


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, 
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang 
yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka itu 
memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu agar
mereka memperoleh kebenaran. "
[2:186]

ini janji Allah. jangan ragu. tapi YAKIN. 
mari jadi hamba yang beriman. moga Dia redha.

Allahu yusahhil kullu umurona. :')

BITTAUFIQ WANNAJAH BUAT TEMAN2 :)