CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 18, 2012

~permusafiran ini***




Bismillahirrahmaanirrahiim....
insan musafir
 Bermusafir. Sesuatu yang memenatkan namun ada ganjaran!

Aku  tersenyum…
Kasih-sayang ALLAh Ta’ala yang berbentuk ujian itu datang dari pelbagai arah. Pada masa yang tidak disangka-sangka. Datang dengan pelbagai cara. Datangnya tidak mengira kamu sedang bergembira, kamu sedang berduka mahu pun kamu sedang alpa.
Namun, hakikatnya.. Ujian itu datang membawa mesej yang bahagia.
ALLAh Ta’ala memilih kamu dan mahu menjadikan kamu seorang yang kuat.
Kadang-kadang, apabila kamu sudah menanam tekad yang kuat untuk melalui semua itu dengan cuba tersenyum dan redha, maka pandangan manusia menerpa ruang legar fikiran. Menimbulkan persoalan tanpa dipinta. Menggusarkan jiwa. Pernah, kan?
Hei kamu! Usah dilihat dan diambil kira pandangan manusia jika pandangan itu melemahkan kamu setelah kamu mencuba untuk menjadi hamba yang baik. Yang penting sekali adalah, kamu tahu dan kamu kenal diri kamu. Kamu tahu kamu tidak berhenti. Kamu cuma berehat seketika mengumpul kekuatan untuk bangkit semula nanti dengan keghairahan. ALLAhTa’ala sentiasa bersama mereka yang mahu kuat.
 
Jadilah si sang musafir yang diredhai ALLAh Ta’ala~



Permusafiran Ini
   Ya ALLAh,bersuluhkan cahaya ciptaanMuberpijakkan bumi milikMudi sini aku mengembara membawa diri melihat hikmah permusafiran seruanMu..Engkau pernah berfirman diatas kitabu suciMU,beruntunglah orang yang bermusafir..dan si musafir itu pula tahu tujuan dan matlamatnya..maka sering kali aku bertanya…akukah si musafir bertuah itu?
   Ya ALLAh,sungguh lelah diatas permusafiran ini,Engkau Mahu Tahu tatkala aku tersungkur, jatuh dan rebah..kadang-kadang terasa tiada kudrat untuk bangun semula
si peneman airmata, seringkali jatuh membasahi pipi yang kekeringan..Namun aku sedari satu perkara yang ilhamnya dariMu..sepenat, selelah, dan seseksa mana pun terasa permusafiran ini…berhenti itu bukanlah jalan yang terbaik..kerana orang yang berhenti, mereka bukanlah berjiwa hamba..kerana seorang hamba, akan sanggup berbuat apa saja demi Tuhannya…
  Mencari keredhaanMu walaupun badai akan melanda..mereka tetap berjalan walaupun terpaksa memijak duri binasa…Dan dalam pencarian keredhaanMu..ada terselit pada permusafiran yang Engkau takdirkan ini..maka kuatkanlah aku berpegang pada kebahagiaan janjiMu…kerana aku tahu hakikat hidup ini tidak lebih..melainkan, hidup ini adalah permusafiran…mencari bekal untuk dipersembahkan menebus mahar memasuki syurgaMu…


No comments:

Post a Comment