CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 23, 2011

~suluhkan cahayaMU~



Ya Rabbi…aku tunduk malu untuk sujud di depanMU..kerna aku tau,aku insan yang berdosa..namun,hanyalah Engkau saja tempat untuk aku mengadu segala sesalanku ini..aku tertanya2,apakah kan Kau terima??

  Kesunyiaan semalam sedarkan aku dari lena yang panjang,untuk aku tinggalkan semalam yang nanah bagi aku..lalu aku meratap betapa hinanya aku pada sempurnaMU…

   Ya Allah,aku bersyukur hanya padaMU,Tuhan..kerana Kau telah temukan aku laluan bermula diriku..ya Allah,suluhkan cahayaMU agar menerangi langkahku,untuk aku menyemai indah hiasan cintaMU yang telah Kau berikan padaku..dan aku bersyukur hanya padaMU,Tuhan..kerana Kau telah tunjukkan laluan aku pulang..

   Aku bermohon padaMU ya Allah,agar Kau tenangkan gusar hatiku yang gundah gulana ini…aku bimbang Kau singkirkan taubat aku padaMU,aku merayu padaMU,au hulurkanlah maghfirahMU padaku..aku bimbang dikelak nanti aku akan dizalimi diriku sendiri..

   Ya Rabbi..janjiku padaMU abdikan seluruh jiwa ragaku,solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untukMU..dan cintaMU bagai air ditandus sahara yang mampu menghilangkan dahaga…sehingga sampainya masa kau seru hujung nyawaku..aku tak temui dimanakah hentinya rayuan TAUBATku padaMU…Ya Rabb! Ighfirli zunubii..




No comments:

Post a Comment