CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 20, 2011

~kEceWa dEngAn MeReka~




Salam semua.... Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Manusia yang menghimpit kita bila perlukan pertolongan saja. Aku memang susah nak tolak bila orang minta tolong. Tolong. Tolong. Tolong. Tak pernah sampai hati nak tolak bila orang minta tolong... Tapi bila sampai masa aku yang perlukan pertolongan rasa sedih pula bila susah pulak orang nak tolong. Bukan mengungkit, tapi cuma betul-betul terasa... Mungkin sebab dengan macam-macam masalah sekarang ni, buat aku sentap sesangat.

 Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.

Bila dah perkara sebegini jadi lumrah. Ini dah membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang.
 
Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang. 

Rasa nak panjat jabal Qasiun jerit puas-puas... Ya Allah, beri aku kekuatan hadapi semua dugaanmu... Aku tau dan aku percaya setiap kesusahan yang kau turunkan  ya Allah, akan ada hikmah disebaliknya....

Bersabarlah wahai hati...(T_T)

No comments:

Post a Comment