Butir2 kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat
renungan muslimah2 solehah yg sejati..
"Wahai puteriku,
Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda
telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2
dunia..
Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas
dan mudah..
Wahai puteriku,
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk
menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk
kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras
keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan..
Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan
lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap
berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya..
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak
dlm pelbagai bentuk.. Wanita semakin berani dan tidak malu2 untuk membuka
auratnya.. Tubuhnya ditonjol2kan.. Pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.. Semua itu bergerak melanda negara demi
negara.. Tanpa satu negara Islam yg mampu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yg terkenal dgn keserasian akhlak yg sgt ketat
menjaga kehormatan diri dgn menutup auratnya.. Sekarang, astaghfirullah! Para
wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan, paha, punggung dan dada..
Kita gagal dan aku kira kita tidak akan berjaya..
Tahukah engkau apa penyebabnya, puteriku?!
Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan
dan kita tidak tahu jalannya..
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu itu ada di
tanganmu.. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu
itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik..
Engkau benar puteriku,
bahawalah kaum lelakilah yang mula2 melangkah menempuh jalan dosa bukan
wanita.. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka
tidak akan berkeras melangkah laju..
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk..
Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk" dan setelah engkau
ditimpa kecurian barulah engkau tersedar.. Ketika itu barulah engkau berteriak,
"Tolong! Tolong! Aku kecurian"
Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah
kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dlm ancaman cengkaman
serigala..
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau
akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yg kikir
terhadap pencuri..
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang
diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar
kambing.. Dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu..
Lelaki menghendaki yg paling berharga darimu.. Iaitu harga diri dan
kehormatanmu.. Nasib seorang gadis yg diragut kehormatannya lebih menyedihkan
drpd nasib seekor kambing yg dimakan serigala..
Wahai puteriku,
apa yg dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah
gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa berpakaian..
jangan kalian percaya terhadap kata2
sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.. Berbicara
denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau
menjadi takut dan ngeri.. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya
kepadamu berbicara dgn lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan
kepadamu, kecuali akan ada maksud2 tertentu..
Setidak2nya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal..
Apakah sesudah itu, puteriku?
Fikir2kan dan renungkanlah jika kalian adalah muslimah yg bijaksana serta
punyai harga diri!!"
Wallahu 'alam..