Tuesday, August 7, 2012
tarbiah ramadhan
Kini kita berada di
bulan yang agung Ramadhan al Mubarak. Tetamu yang hanya datang setahun sekali
membawa seribu rahmat buat umat pilihan umat nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu,
rebutlah seberapa banyak ganjaran pahala yang ditawarkan di sepanjang sebulan
di Ramadhan ini, dan yang paling utama yang kita selalu dambakan adalah
keampunan daripada Ilahi terhadap segala dosa yang telah kita lakukan di masa lampau.
Marilah kita
sama-sama renungi firman Allah yang termaktub di dalam kitabNya yang mulia
mengenai ibadah puasa yang diwajibkan ini. FirmanNya yang bermaksud;
Wahai orang-orang
yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa,
(Al-Baqarah ayat
183)
Sebenarnya ibadah
puasa di bulan Ramadhan merupakan satu proses tarbiah bagi umat Islam untuk
mendidik jiwa menjadi insan yang benar-benar memiliki sifat taqwa yang
sebenar-benarnya di sisi Tuhan Yang Maha Esa. Oleh itu, lakukanlah ibadah ini
dengan sebaiknya moga-moga sifat yang mulia ini yakni sifat taqwa yang
sebenar-benarnya dapat kita miliki dan dapat kita bajai nya selalu sehingga ke
akhir hayat kita.
Semoga kita semua
dapat mengharungi bulan ini dengan penuh kejayaan dan ingatlah selalu bahawa
Allah amat menyayangi hambaNya yang bertakwa kepada Nya. Dan ingatlah bahawa
bekalan taqwa yang kita semua inginkan untuk dibawa mengadap Allah apabila saat
dan ketika nya tiba di saat kita kembali kepadaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment