Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan...
merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu
kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan... tetapi adakah
persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada Dia yang punya
segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri??
adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi??
Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi...
maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri
di hatimu... maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna
untuk menjadi sahabatmu yang baik... maafkan aku sahabat andai
aku bukan sahabat yang kau cari...
Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi
diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat... mengharap sahabat yang
sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka dengan
sahabat sendiri... mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi
keegoan masih beraja di dalam hati...
Andai aku tidak seperti menghargaimu, bukan bermaksud aku tidak
sudi... bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi
sahabatku... tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan
perasaan kasihku... tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang
kepadamu walaupun aku tahu, "jika seseorang itu menyayangi sahabatnya,
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya"
(riwayat Abu Daud)... tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu
sahabat, aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku...
Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini...
menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukuwah...
sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita dan takdir Allah
jualah yang mampu memisahkan kita... perasaan cinta pada sahabat
itu adalah kurniaan dari-Nya... perasaan manisnya berukhuwah itu juga
adalah nikmat dari-Nya... jadi mengapa perlu berputus asa dalam
bersahabat andai engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi
tali ukhuwah yang sudah sekian lama tersimpul??
adakah ruang untuk maafkan diri yang kerdil ini?
diri ini hadir dalam kehidupan sahabat sekalian adalah bertujuan hanya
merasakan secebis kenangan manis bersahabat...
HANYA ITU SAHAJA..
tidak terniat pula untuk merampas sesiapapun diantara sahabat sekalian...
ingin aku katakan bahawasanya aku sangat-sangat dhoif dalam segala hal...
halalkanlah makan dan minum saya serta segala-galanya yang telah
banyak kita kongsikan selama kita telah bersama...
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu
betapa kurangnya diriku ini... sesungguhnya aku benar-benar
mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana
Allah... sungguh! biarlah hubungan kita ini berkekalan hingga ke
akhirat nanti, bukannya terhenti di penghujung dunia sahaja...
"khas buatmu sayangku"
No comments:
Post a Comment