Monday, February 3, 2014
DUNIA HANYA SEMENTARA,AKHIRAT KEKAL SELAMANYA
اعلموا أنما الحياة الدنيا لعب و لهو وزينة وتفاخر بينكم
وتكاثر في الأموال والأولاد كمثل غيث أعجب الكفار نباته ثم يهيج
فتراه مصفرا ثم يكون حطاما و في الأخرة عذاب شديد و مغفرة من الله و رضوان
وما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور (20) سورة الحديد
“Ketahuilah
, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga
tentang banyak harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamanya mengagumkan
para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warna kuning kemudian menjadi
hancur. dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH serta keridhaanNYA .
dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (57:20)
surah al hadid.
lihatlah
betapa hebatnya perumpamaan yang ALLAH bagi menjelaskan akan hakikat kehidupan
dunia bagi manusia. iaitu dengan dunia hanyalah ‘permainan’ .
sedangkan ayat ini ALLAH swt menggunakan pembatas “ annama” (hanyalah)
untuk menyatakan kerendahan dan kehinaan dunia. kehidupan dunia yang hanya
dipenuhi dengan permainan dan senda gurau yang melalaikan belaka, untuk
menjelaskan lagi Allah menambahkan bahawa dalam kehidupan permainan dipenuhi
dengan perhiasan, bermegah-megah dan berbangga-banggaan harta dan anak belaka. kesibukan
kita yang hanya dikelilingi dengan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi kehendak
dan tujuan masing-masing.
kita pun lalai, leka dan alpa dengan
kehidupan dunia.kita lupa akan tujuan kita diciptakan di dunia ini hanyalah semata untuk beribadah kepadaKU. sebagaimana
firmanNYA dalam surah adz zariat (56) : “ wamaa kholaqtul jinna wal insan lilla
liya’buduun” dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepadaKU “ TAPI,kita lalai,leka dan alpa dengan kesibukan dunia ini.
lihatlah, dunia sekarang kita masing-masing
sibuk dengan hal-hal sendiri.tanpa menghiraukan orang sekeliling, dengn
kerjanya untuk memenuhi jadual hari-hari berikutnya,dengan hiburanya melalui
media masa,media cetak,eletronik maupun lansung. yang mana kesemuanya itu tidak
lain hanya menjamu dan memenuhi selera hawa nafsu kita. itulah tabiat kita “ manusia”
‘untuk renungan
bersama’
patutkah kita
masih lalai sedangakan hari sentiasa berlalu tanpa berundur
patutkah kita
bermain/berseronok! sedangkan mati/maut itu bukan mainan/seronok!
aku hairan
terhadap aku,dia dan mereka yang masih leka dan alpa akan dunia ini
aku hairan
sedangkan tiada apa yang patut dihairankan.
terfikir sejenak,
adakah patut kita terus leka dan alpa dengan bermain/berseronok??
sedangkan dirinya
akan mati dan keseronokan dan kemewahan akan ditinggalkan.
kita lihat setiap
amalan yang kita lakukan akan sentiasa tewas dengan keseronokan.
kita melihat malam
dan siang sentiasa menyibukkan kita,
dan kita tak tahu
manakah patut kita pilih?beribadahkah?berseronokkah?
akan tetapi setiap
perkara dan setiap kesibukan kita itu ada tempoh yang perlu diisi denga
tanggungjawab
sebagai aku,,dia,kita dan mereka sebgai hambaNYA.
dan kesemua
perkara,pekerjaan dan tindakan kita itu insyaallah ada ganjaran disisiNYA….
JANGAN JADI PEMUJA
DUNIA
BILA DUNIA PERGI
DIA BERASA RUGI
BILA DUNIA DATANG
DIA LUPA DIRI
………..wassalam……….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga Allah terus memberi kudrat untuk menulis....
ReplyDelete