Friday, March 9, 2012
Pengorbanan dalam menuntut ilmu
Bismillah..
Assalamualaikum..
Sudah lama jugak aku tidak menulis di
blog ini. Mungkin kerana kesibukan memasuki fasal baru di JAMIAH tempat
aku belajar ni. Nak kata sibuk tu boleh lah sebab hidup seorang pelajar
ni tak dapat lari dari kesibukan . itu dah menjadi perkara biasa, dalam
proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar , ia menuntut banyak kesabaran
dalam diri seseorang. Ianya adalah satu PERJUANGAN.
Kita
belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah kewajipan bagi seorang
muslim, dan adalah untuk masa depan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan
lakukan untuk mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu
yang kita belajar adalah untuk mendapatkan keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dan keredhaan ALLAH swt. Selain
ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami ilmu agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari akhirat.
Dalam penulisan ini aku lebih fokuskan
kepada kehidupan seorang pelajar , kerna aku masih lagi seorang pelajar yang
sedang menuntut di JAMIAH. Tidak kiralah pelajar sekolah,kolej,university, atau
dimana saja tempat kita belajar. Apabila bergelar seorang penuntut ilmu, ia
memerlukan pengorbanan dalam diri kita..
Antara pengorbanan yang paling penting
dalam hidup seorang pelajar adalah pengorbanan masa. Pengorbanan masa penting
kerana jika masa tidak di uruskan dengan baik , ia boleh memberi masalah kepada
seorang pelajar . masa yang ada banyak
di peruntukkan untuk belajar kerana pelajaran adalah lebih penting dari
perkara2 lain. Masa yang ada digunakan untuk hadir ke muhadhoroh, membaca
kitab, menyiapkan kerja, melakukan tugasan
dan banyak lagi.
Adalah merugikan jika seorang pelajar mensia2kan masa yang ada
dengan perkara2 yang tidak berfaedah dalam hidup mereka. Tidak salah untuk
berseronok dengan kawan2, tapi ianya perlu terkawal bagi mengelakkan masa
dihabiskan dengan sia2 begitu saja sehingga boleh mengabaikan pelajaran.
Tak semua benda kita akan dapat
percuma, kalau dapat Alhamdulillah. Menuntut ilmu mempunyai harga yang perlu
kita bayar. Kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dalam proses untuk mendapat dan menambahkan
ilmu pengetahuan. Ibu bapa kita pulak
banyak menghabiskan wang ringgit,berpenat lelah,siang malam mencari rezeki untuk kita dengan menghantar kita ke sekolah
dari kecil . pengorbanan dan jasa ibu
bapa memang terlalu besar sekali.
Jika dilihat semasa kita sedang
belajar, banyak wang yang terpaksa dihabiskan untuk membeli kitab2,ala2 tulis
serta kelengkapan lain. Semuanya memerlukan wang walaupun sikit. Ianya menuntut
pengorbanan wang ringgit dari kita untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Setiap hari kita perlu menghadiri
muhadhoroh yang bermula dari awal pagi . kita perlu mengerahkan sedikit tenaga
untuk menggerakkan tubuh badan kita untuk pergi ke tempat menuntut ilmu. Sama
ada berjalan kaki atau menaiki
kenderaan, ia menuntut kekuatan fizikal yang ada pada diri kita supaya
kita dapat menghadirkan diri ke tempat menuntut ilmu tersebut. Jiks fizikal
kita lemah seperti tidak sihat, ia akan menyebabkan kita tidak dapat pergi ke
muhadhoroh untuk belajar.
Pengorbanan fizikal seperti kepenatan adalah
perkara biasa kerana kita sedang berusaha untuk mendapat ilmu pengetahuan.
Walaupun diri kita merasa penat namun ianya sudah menjadi tanggungjawab kita
sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu tuhan . biar hari ini kita penat,
namun hasilnya adalah kejayaan dalam hidup kita di dunia mahupun di akhirat.
Sebagai seorang pelajar kita akan
sentiasa banyak berfikir dan mengingati ilmu yang kita belajar. Kita perlu
menghafal dan memehami banyak perkara dalam pelajaran kita. Kita jangan perkara
lain menggangu fikiran kita. Fikiran kita perlulah lebih focus ke[ada pelajaran
berbanding dengan perkara2 tidak
penting.
Kita juga akan diberikan tugasan dan juga akan menghadapi imtihan. Semua ini
adalah perkara biasa atau sudah menjadi
asam garam dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang pelajar perlu sentiasa
rajin membaca dan muroja’ah pelajaran mereka kerana ia adalah satu usaha yang
dapat membantu kita Berjaya dalam pelajaran. Perbuatan malas berusaha perlu
dujauhkan sama sekali . orang yang tak sanggup berusaha adalah orang yang tak
akan Berjaya.
Kasih sayang dari ahli keluarga kita
sendiri, kasih sayang dari orang yang tersayang. Seorang pelajar yang terpaksa
merantau jauh dari keluarga kerana mneruskan perjuangan menuntut ilmu tuhan di
tempat orang. Tidak dinafikan sesiapa saja akan berasa sedih kerana terpaksa
berpisah dengan ahli keluarga. Ianya menuntut kesabaran dalam diri seorang
pelajar untuk tinggal berjauhan dengan
ahli keluarga.
Terpaksa tinggal berjauhan dengan ahli
keluarga adalah sementara waktu saja sehinggalah kita tamat belajar. Namun begitu,
pada zaman sekarang jarak bukan lagi penghalang kerana kita dapaqt menghubungi
mereka pada bila2 masa saja.
Dalam hidup ini, kita sememangnya perlu
berkorban demi mencapai kejayaan yang kita inginkan . bagi seorang pelajar
mereka perlu mengorbankan keseronokan yang mereka inginkan demi kejayaan pada
masa hadapan “ bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” aku akan
sentiasa mengingati ayat ini yang datang dari seorang sahabat yang sentiasa
member nasihat dan dorongan kepada aku. Walaupun ia hanya satu ayat yang
ringkas saja,namun ia mempunyai maksud yang dalam untuk difahami.
Sebagai seorang pelajar, kita perlu
bersemangat untuk terus menimba ilimu pengetahuan dalam diri kita. Jangan mudah
putus asa dengan ujian dan kesuhan yang menimpa diri. Kejayaan kita akan lebih
bermakna jika kita telah melalui dahulu
kesusahan sebelum mengecapi kejayaan
itu.
Pengorbanan yang kita lakukan mungkin
kita tidak Nampak hasilnya dalam sekelip mata saja, pengorbanan yang kita
lakukan pada hari ini akan terbalas di masa hadapan. Lebih manis, pengorbanan
kita juga akan dibalas dengan ganjaran pahala di akhirat nanti. Sama2 kita
berusaha untuk menikmati kejayaan hidip di dunia dan akhirat.. ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalammualaikum , saya minta izin untuk ambil isi2 penting dalam coretan saudari untuk membantu saya menyertai pertandingan pidato pada Minggu Bahasa di sekolah saya . Izinkan saya ~
ReplyDelete