Sunday, August 5, 2012
gula-gula masam manis
Allah
mengigatkan kita menerusi kalamNYA yang bermaksud : “oleh sebab itu,maka
tetapkanlah kepercayaanmu,bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai dengan
kemudahan,sesungguhnya tiap2 kesukran disertai dengan kemudahan” (surah
al-insyirah 5-6)
Inilah ubat yang paling mujarab untuk merawat
hati yang sedang berkecamuk tatkala menghadapi musibah yang pahit. Yang aku tau
Janji Allah itu pasti, bagi menggantikan kesulitan dengan asalkan ada usaha
menghadapinya.
Mungkin kadang2 timbul dari hati kecil kita
perasaan su’zhon dengan segala aturan Allah. Tambah lagi,hikmah yang dicari
tidak kunjung menjengah. Ketahuilah bahawa Allah yang memiliki sifat penyayang
tidak pernah bertindak kejam dan zalim pada hamba2NYA.
Masih ingat
tak pada gula2 masam manis (sweet sour) permulaannya rasa masam,tetapi setelah
lama dikulum dimulut ,makin lama rasa masamnya mula menghilang,dan digantikan
dengan rasa yang manis dan menyenangkan yang membuatkan dirimu tersenyum kerana
kemanisanya. Jelaslah ia bukan sekadar gula2 bahkan ada kiasan untuk kita
sebagai hambaNYA . permulaan yang menyakitkan tidak pernah berakhir dengan
kesakitan……
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment