Tuesday, August 7, 2012
lailatul Qadar malam istimewa
Kini kita sudah pun berada di fasa terakhir bulan yang agung
ini, iaitu di fasa 10 hari terakhir di bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia
ini. Giatkanlah usaha mu dalam mengerjakan ibadat kepada Allah s.w.t di malam
hari dengan mengerjakan qiamullai berterusan sehingga berakhir nya bulan yang
mulia ini kerana di 10 malam terakhir ini tersembunyi satu malam yang nilai
pahala ibadat di malam itu melebihi ibadat seribu bulan. Itulah malam yang
istimewa iaitu lailatul qadar yang dianugerah kan buat umat pilihan ini umat
rasul tercinta, umat Nabi Muhammad s.a.w.
Marilah kita sama-sama renungi firman Allah dalam kitab Nya yang
mulia yang menceritakan tentang malam al qadar ini. Firman Allah di dalam surah
al-Qadr yang bermaksud;
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam
qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih
baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Roh (
Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam
itu) sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr ayat 1-5)
Oleh itu, rebutlah peluang di malam yang mulia ini yang hanya
datang setahun sekali di bulan yang agung ini sahaja dengan mengerjakan ibadat
kepada Allah sebanyak yang mungkin. Moga-moga kita adalah di antara mereka yang
diberi anugerah untuk bertemu dengan Lailatul Qadar ini.Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment