Friday, December 23, 2011
~suluhkan cahayaMU~
Ya Rabbi…aku
tunduk malu untuk sujud di depanMU..kerna aku tau,aku insan yang
berdosa..namun,hanyalah Engkau saja tempat untuk aku mengadu segala sesalanku ini..aku
tertanya2,apakah kan Kau terima??
Kesunyiaan semalam sedarkan aku dari lena
yang panjang,untuk aku tinggalkan semalam yang nanah bagi aku..lalu aku meratap
betapa hinanya aku pada sempurnaMU…
Ya Allah,aku bersyukur hanya
padaMU,Tuhan..kerana Kau telah temukan aku laluan bermula diriku..ya
Allah,suluhkan cahayaMU agar menerangi langkahku,untuk aku menyemai indah
hiasan cintaMU yang telah Kau berikan padaku..dan aku bersyukur hanya
padaMU,Tuhan..kerana Kau telah tunjukkan laluan aku pulang..
Aku bermohon padaMU ya Allah,agar Kau
tenangkan gusar hatiku yang gundah gulana ini…aku bimbang Kau singkirkan taubat
aku padaMU,aku merayu padaMU,au hulurkanlah maghfirahMU padaku..aku bimbang
dikelak nanti aku akan dizalimi diriku sendiri..
Ya Rabbi..janjiku padaMU abdikan seluruh
jiwa ragaku,solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untukMU..dan cintaMU
bagai air ditandus sahara yang mampu menghilangkan dahaga…sehingga sampainya
masa kau seru hujung nyawaku..aku tak temui dimanakah hentinya rayuan TAUBATku
padaMU…Ya Rabb! Ighfirli zunubii..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment