Tuesday, December 20, 2011
~kEceWa dEngAn MeReka~
Salam semua.... Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana
atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara
umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar
renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak
rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Manusia yang menghimpit
kita bila perlukan pertolongan saja. Aku memang susah nak tolak bila orang
minta tolong. Tolong. Tolong. Tolong. Tak pernah sampai hati nak tolak bila
orang minta tolong... Tapi bila sampai masa aku yang perlukan pertolongan rasa
sedih pula bila susah pulak orang nak tolong. Bukan mengungkit, tapi cuma
betul-betul terasa... Mungkin sebab dengan macam-macam masalah sekarang ni,
buat aku sentap sesangat.
Bagi aku perkara ni
sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam.
Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat
mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti
ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.
Bila dah
perkara sebegini jadi lumrah. Ini dah membawa kepada suatu sikap yang negatif.
Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana suka mengambil kesempatan.
Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang untuk
merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun
bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap,
bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang.
Ada kes lain
pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan
yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak
memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada,
tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri
la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran
manusia sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment