APAPUN YANG TERJADI
KU KAN SELALU ADA UNTUKMU
JANGANLAH KAU BERSEDIH
COZ EVERYTHING'S GONNA BE OKAY
hey..senyum la sikit ^__^
alalala...tomey nyee....heks-3
Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.
Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf
dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah
sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya
juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga
sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.”
– Riwayat Tirmidzi.
Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun
sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).”
– Hadis Riwayat Muslim.
Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang
kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah
ukhuwwah.
Cucu kesayangan Baginda
SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana
direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku
(Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang
bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi
pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka
berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak
disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang
memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam
keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak
disukai.
ya sudahlah
snyum ...ala comey.
hehe ngade-2 bnyi .. ^__^
urhh?? 0_o
terbaekk lah nyett~ ceria nyett hari nim..
hehhe
cer hayati senyuman nyett nie..
serious..jadi nk trsenyum g0p~ hehe
jangan sedih-2 naaa...snyummm~
senyum ada time dia, tangis ada time dia
menangislah kerana takutkan Dzat Allah yang Maha
Berkuasa
Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan
disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan
mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).
senyumlah kerana ikut sunnah rasul~
Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah
Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma,
baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh
kebahagiaan.
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu
ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR
Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
~everything's okay~
p/s: urhh..foto nyett tu xde kene mngene dgn
sape-2 ok..peace =)
wallahua'lam..ad silap mohon tgur yer..
No comments:
Post a Comment