CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 10, 2014

AKU DAN MOTIVASI





 semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad S.A.W diberikan motivasi melalui Israk Mikraj.Nabi Ibrahim A.S juga memohon motivasi daripada Allah.

   kita semua perlukan motivasi, dan motivasi yang paling unggul ialah motivasi untuk mendapatkan redha Allah dan syurga Allah.sebagaimana Nabi dan sahabat baginda s.a.w, Allah S.W.T mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan Allah dan syurga Allah dengan firmannya :

(bahannya pula adalah kasturi. Oleh yang demikian itu hendaklah mereka berlumba-lumba bagi merebut kelebihan dan kesenangan itu.(Al-mutaffifin 83:26)

  lihatlah, Allah ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Namun kita manusia lebih suka berlumba-lumba mendapatkan nikmat sementara dunia,harta,nama dan pangkat, itulah manusia.
   
  jadi,kejarlah redha dan pahala sediakanlah bekalan untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

  jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu di kemudian hari.

  jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan habis dan hilang.

  jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul kerana ia juga akan tamat dan menjadi punca hasad dengki.



  jadikanlah AllaH,Rasul-Nya dan syurga yang dijanjikan-NYA sebagai motivasi, nescaya Allah tidak akan mati dan janji-janjiNYA tidak akan mengecewakan.

      membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman.jangan biarkan kata-kata negetif orang terhadap perkara yang baik untuk bekal akhirat kita, membantut semngat kita, bahkan jadikan ia pendorong dan motivasi utk kita.

wallahu ta'ala 'alam.




No comments:

Post a Comment