CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 5, 2012

gula-gula masam manis


  Allah mengigatkan kita menerusi kalamNYA yang bermaksud : “oleh sebab itu,maka tetapkanlah kepercayaanmu,bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai dengan kemudahan,sesungguhnya tiap2 kesukran disertai dengan kemudahan” (surah al-insyirah 5-6)
  Inilah ubat yang paling mujarab untuk merawat hati yang sedang berkecamuk tatkala menghadapi musibah yang pahit. Yang aku tau Janji Allah itu pasti, bagi menggantikan kesulitan dengan asalkan ada usaha menghadapinya.
  Mungkin kadang2 timbul dari hati kecil kita perasaan su’zhon dengan segala aturan Allah. Tambah lagi,hikmah yang dicari tidak kunjung menjengah. Ketahuilah bahawa Allah yang memiliki sifat penyayang tidak pernah bertindak kejam dan zalim pada hamba2NYA.
  Masih ingat tak pada gula2 masam manis (sweet sour) permulaannya rasa masam,tetapi setelah lama dikulum dimulut ,makin lama rasa masamnya mula menghilang,dan digantikan dengan rasa yang manis dan menyenangkan yang membuatkan dirimu tersenyum kerana kemanisanya. Jelaslah ia bukan sekadar gula2 bahkan ada kiasan untuk kita sebagai hambaNYA . permulaan yang menyakitkan tidak pernah berakhir dengan kesakitan……

No comments:

Post a Comment