Bismillahirrahmaanirrahiim....
Bermusafir. Sesuatu yang memenatkan
namun ada ganjaran!
Aku tersenyum…
Kasih-sayang ALLAh Ta’ala yang berbentuk ujian itu datang dari
pelbagai arah. Pada masa yang tidak disangka-sangka. Datang dengan pelbagai
cara. Datangnya tidak mengira kamu sedang bergembira, kamu sedang berduka mahu
pun kamu sedang alpa.
Namun, hakikatnya.. Ujian itu datang membawa mesej yang bahagia.
ALLAh Ta’ala memilih kamu dan mahu menjadikan kamu seorang yang kuat.
Kadang-kadang, apabila kamu sudah menanam tekad yang kuat untuk
melalui semua itu dengan cuba tersenyum dan redha, maka pandangan manusia
menerpa ruang legar fikiran. Menimbulkan persoalan tanpa dipinta. Menggusarkan
jiwa. Pernah, kan?
Hei kamu! Usah dilihat dan diambil kira pandangan manusia jika
pandangan itu melemahkan kamu setelah kamu mencuba untuk menjadi hamba yang
baik. Yang penting sekali adalah, kamu tahu dan kamu kenal diri kamu. Kamu tahu
kamu tidak berhenti. Kamu cuma berehat seketika mengumpul kekuatan untuk
bangkit semula nanti dengan keghairahan. ALLAhTa’ala sentiasa bersama mereka
yang mahu kuat.
Jadilah si sang musafir yang diredhai
ALLAh Ta’ala~
Permusafiran Ini
Ya ALLAh,bersuluhkan
cahaya ciptaanMuberpijakkan bumi milikMudi sini aku mengembara membawa diri melihat
hikmah permusafiran seruanMu..Engkau pernah berfirman diatas kitabu suciMU,beruntunglah
orang yang bermusafir..dan si musafir itu pula tahu tujuan dan matlamatnya..maka
sering kali aku bertanya…akukah si musafir bertuah itu?
Ya ALLAh,sungguh lelah diatas permusafiran ini,Engkau Mahu Tahu tatkala
aku tersungkur, jatuh dan rebah..kadang-kadang terasa tiada kudrat untuk bangun
semula
si peneman airmata, seringkali jatuh membasahi pipi yang kekeringan..Namun aku
sedari satu perkara yang ilhamnya dariMu..sepenat, selelah, dan seseksa mana
pun terasa permusafiran ini…berhenti itu bukanlah jalan yang terbaik..kerana
orang yang berhenti, mereka bukanlah berjiwa hamba..kerana seorang hamba, akan
sanggup berbuat apa saja demi Tuhannya…
Mencari keredhaanMu walaupun badai akan melanda..mereka tetap berjalan
walaupun terpaksa memijak duri binasa…Dan dalam pencarian keredhaanMu..ada
terselit pada permusafiran yang Engkau takdirkan ini..maka kuatkanlah aku
berpegang pada kebahagiaan janjiMu…kerana aku tahu hakikat hidup ini tidak
lebih..melainkan, hidup ini adalah permusafiran…mencari bekal untuk
dipersembahkan menebus mahar memasuki syurgaMu…
No comments:
Post a Comment