Saturday, January 14, 2012
fitrah yang menjadi fitnah~~
Hati remaja selalu berkata, apakah salah
kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang
ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah
semulajadi. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh
kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH
tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan
cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.
Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan
selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja
terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila
kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan
keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.
Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak
implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa
jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang
berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh
sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku,
lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan
pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita
mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum
dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan
perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan
mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah
diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya.
Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan
hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?
Pohon Cinta Terlarang :
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan
cinta terlarang. Seolah-olah
cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak
ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH
mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak
berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah peringatkan Nabi bahawa dalam
keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku.
Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang
memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.
Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.
Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama
yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, buang bayi dll
lagi.Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu
isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak
tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu
akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa
tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan
dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan
keredhaan ALLAH.
menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
Cintailah sesiapa pun, tetapi
pastikan cinta itu dapat memudahkan kita
mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan
mestilah diniatkan untuk ALLAH!.
Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin
kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan
menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin,
sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"
. *
Semoga perkahwinan yang dibina adalah
semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim,
melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah
& dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta
hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di
samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk
bersuka-suka. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat-niat yang jahat dalam
bercinta sekadar untuk
bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada
niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau
bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa
kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk
namanya - Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin
hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada
pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas
seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan
sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja
tidak seharusnya mengeluh,"
Cinta apa namanya ini jika tiada dating,
tiada perbualan telefon
..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada
surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan
melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu biasa
dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.
Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih
banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta
suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang
perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika
diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat.
Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat
pertama yang melahirkan cinta! Ketikaitulah
FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment