Pernah tak hati merasa gelisah sepanjang hari? Pernah tak merasa
tidak senang duduk, seperti ada yang tidak kena atau pun belum lunas. Tapi
masih, tetap kita tidak tahu kenapa kita boleh merasa begitu?
Atau
kadang-kadang, kita tahu kenapa kita rasa resah begitu. Dan kita sendiri
membuat andaian, itu mungkin teguran daripada ALLAh atas apa yang telah kita
perbuatkan. Sama ada yang kita sengaja dan menyembunyikannnya dari keramaian,
atau yang kita terlepas pandang lalu ALLAh bukakan hijab hati kita?
Aku pasti. Mesti pernah, kan. aku pun pernah juga.
Kadang-kadang
rasa resah itu sehingga menimbulkan rasa debar dihati. Memang suatu rasa yang
langsung tidak menenangkan. Kemuncaknya adalah apabila kita mahu merebahkan
diri di pembaringan, dan debaran resah itu kita dapat rasai dengan jelas.
Hati
Resah Itu Tanda Isyarat
Selalunya
dan kadang-kadang hati itu resah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan.
Bersyukur
jika hati kita masih merasa gelisah sejurus selepas melakukan dosa dan
kemaksiatan yang terzahir dan tersembunyi. Sebab itu adalah tanda bahawa hati
kita ini masih hidup dan masih memiliki rasa seorang Muslim yang takutkan azab
ALLAh dan memang merasa tidak senang akan kemaksiatan.
Itu
salah satu isyarat. Isyarat bahawa hati itu masih cenderung pada fitrahnya yang
bersih dan sedaya tidak menerima kekotoran, lalu menjadi gelisah; kerana mahu
memohon ampun dari-Nya!
Kemaksiatan
itu boleh terjadi dengan banyak cara. Hatta duduk di hadapan laptop saja sudah
boleh mengundang banyak dosa dari pahala. Akhirnya nanti, mahukah kita menjadi
orang yang tercelah? Maka, tanya diri sendiri.
Pasti
hati itu akan menjawab dengan jujur atas setiap perbuatan.
ALLAh
Yang Maha Berkuasa, punya banyak cara untuk menegur para hamba-Nya yang
melakukan kesalahan besar dan kecil. Salah satunya, melalui resah hati.
Tapi,
tidak semua manusia yang mengalami keresahan hati itu, cukup membuatkan dirinya
meninggalkan apa yang dilakukannya; yakni yang mengundang dosa, resah dan
gelisah. Maka jangan hairan jika ada manusia yang tetap bertahan dengan hati
yang sentiasa resah. Yang akhirnya, hati yang resah itu memberikan kesan dalam
hidupnya sehingga kehidupan sebenarnya menjadi serabut.
Manusia
memang kebanyakannya degil kan? Hatta kepada ALLAh Ta’ala sendiri.
*tertunduksendiri*
Teguran
Yang Menundukkan Manusia
Ada
waktu, ALLAh akan berikan teguran yang agak keras. Percaya?
Kadang-kadang
ALLAh Ta’ala menegur para hamba-Nya dengan suatu teguran yang menyakitkan. Dan
dengan teguran itu kita terhenyak, terjelepok dan sedar. Mungkin dengan cara
ALLAh Ta’ala memberikan dugaan dengan sesama manusia yang membuka mata hati.
Atau boleh jadi, mungkin ALLAh Ta’ala membuat manusia gagal dalam sesuatu
perkara yang dilakukan. MashaAllah!
Pun
begitu, bersyukurlah kepada-Nya, bila hati kecil yang dinodai ini masih dapat
merasakan peringatan dari ALLAh Ta’ala dengan sesuatu keadaan yang sangat
memukul hati. Dan dengan cara itu, kita menjadi seorang hamba yang tertunduk
pada keagungan ALLAh Ta’ala. Lalu rasa kerdil menyerap dalam hati di hadapan
ALLAh.
Jiwa
Yang Mahu Dekat Kepada Rabbnya
Kawan-kawan..
Pernah merasa begini?
Merasa
sedih tanpa alasan yang kita sendiri kabur mengenainya, kurang pasti kenapakah
kesedihan yang bertandang dihati lalu sangat menyengat itu terjadi tanpa asbab
yang kita kurang tahu atau pun tidak tahu. Atau pun merasa asing di tengah
keramaian, ketika bersama keluarga dan rakan-rakan? Atau merasa bosan walhal
hidup dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada?
Kadang-kadang
semua itu terjadi kerana jauhnya jiwa kita dari ALLAh.
Sungguh.
Kita
ini, kadang-kadang terlepas pandang dan menyandarkan jiwa kita pada kebendaan
yang wujud di hadapan. Menyandarkan rasa kebahagiaan kita kepada manusia tanpa
mengembalikan rasa bahagia itu kepada ALLAh untuk memautkan jiwa yang kerdil
ini kepada-Nya. Sebab itu, jiwa sering kali merasa kosong, gelisah, sedih yang
kita sendiri tidak tahu asbabnya. Padahal, sebenarnya tautan jiwa kita dengan
ALLAh Ta’ala makin goyah kerana lalai dengan nikmat dunia.
Apa
yang mahu diketengahkan di sini adalah, ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa
itu akan ada jika manusia itu berusaha untuk sentiasa memperbaiki hubungannya
dengan ALLAh Ta’ala. Dengan itu, inshaAllah jiwa menjadi tenang. Sebab, sumber
ketenangan itu datangnya dari Dia.
Maka,
mana mungkin Dia Yang Maha Pengasih tidak mengurniakan ketenangan dan
kebahagiaan kepada hamba-Nya yang berusaha di atas nama-Nya, aite?
Pssst!
Sahabat, kadang-kadang kita megah dengan perbuatan kita.
Tapi yang sebenarnya, hati kita sedang menangis sengsara, kan.
Kita
mungkin boleh menipu manusia dengan topeng ceria dan kegembiraan kita yang
terpapar di wajah. Tapi kita sesekali tidak akan dapat menipu diri sendiri.
Sebab, diri sendirilah yang merasa sakit dan nikmatnya keadaan yang ALLAh
Ta’ala berikan.
Hati
itu ALLAh Ta’ala yang ciptakan,
jika hati itu semakin jauh dari Dia,
apakah kamu akan menyangka ia akan tenang seadanya,
sedangkan sumber ketenangannya berada jauh darinya.
Bawalah
diri menunduk kepada kebesaran Tuhan,
bawalah hati untuk diserahkan kepada Tuhan.
Semoga
ALLAh merahmati.