CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 11, 2012

Fatrah Imtihan : Satu Cabaran


Manusia tidak pernah atau tidak dapat tidak,perlu menghadapi ujian.Ini adalah satu kenyataan yang tak dapat diubah kerana apa? kerana fitrah manusia sebegitu. :cool:

Yang membezakan kita adalah sama ada kita berjaya melepasi ujian tersebut atau tidak.Dari kecil kita sudah terdedah dengan pelbagai ujian atau lebih spesifiknya dengan status kita sebagai pelajar ialah peperiksaan@imtihan.
Apakah tujuan kita diuji?
Ramai mempersoalkan kenapa kita perlu diuji.Tujuan ujian dibuat bukanlah untuk mengetahui siapakah yang paling hebat dikalangan kita tetapi menguji sejauh manakah kita telah berusaha untuk menghadapinya.
Sekiranya kita berjaya lepas dari ujian tersebut maka bolehlah dikatakan bahawa kita telah berjaya berusaha untuk menghadapi ujian tersebut.Tetapi seandainya kita kita tidak berjaya bukan bermaksud kita gagal tetapi mungkin kita kurang usaha dari orang lain kerana ”Man Jadda wa Jada : sesiapa yang berusaha dia yang akan dapat”,mungkin juga boleh jadi belum sampai rezeki kita,kita telah berusaha,tetapi tiada hasilnya.
Jangan kecewa sahabat-sahabat kerana percayalah Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambaNYA,mungkin Allah tak nak beri lagi kita kejayaan dan simpan kejayaan itu untuk masa hadapan,sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat.
Juga ingatlah juga bahawa gagal sekali tak bermakna gagal selamanya malah kegagalan itulah yang bakal membawa kepada kejayaan.
“Jatuh tak salah,tak bangun yang salah”
Macam mana kita hendak menghadapi ujian?
  • Berusaha sedaya-upaya
  • Tenangkan hati,bila hati tenang kerja akan jadi senang
  • Jangan mudah putus asa,yakin dengan usaha kita
  • Doa & Tawakkal
Cabarlah diri kita untuk menghadapi ujian,bukan lari dari ujian.Orang yang kuat ialah mereka yang dapat menghadapi ujian,berjaya atau tidak kemudian kira,yang penting kita hendaklah menghadapinya dahulu.
Akhir sekali,jagalah hubungan kita sesama manusia dan juga hubungan dengan Allah.Hindari maksiat dan perkara yang sia-sia insyaAllah kita akan berjaya.
Dari Imam Syafie
“Aku mengadu kepada Imam Waki’ mengenai buruknya hafalanku;beliau memberi petunjuk kepadaku agar meninggalkan maksiat; Beliau berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya;sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat”
p/s:
Sempena peperiksaan  yang sudah menjelang tiba,saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap sama ada sengaja ataupun tidak,doakanlah kejayaan saya dan sahabat-sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan .InsyaAllah dengan doa kalian,semoga kami diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi peperiksaan ini.
Bittaufiq buat sahabat-sahabat seperjuangan di Syria dan Mu'tah.

No comments:

Post a Comment