Saturday, November 2, 2013
DOAKU...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
YA ALLAH...jika takdirMU aku ini hidup dan mati dalam kemiskinan
harta,janganlah Engkau sempitkan jalanku mencari ilmu dan redhaMU.Jangan
Engkau tutup pintu HATI ini dalam mencari dan mengenalMU..agar aku
lebih kasih dan cinta kepadaMu..bukankanlah segala hijab yang menabiri
kalbuku ini...berikanlah aku kekuatan untuk bersdendirian berjalan
kepadaMU....dan kiranya aku mempunyai seseorang untuk bergantung harap
dan bergantung kasih, janganlah Engkau pulaa menjauhkan diriku
daripadaMU...janganlah Engkau membolak-balikan hatiku..janganlah pula
Engkau memalingkan hati dan kasih sayangku kepdanya selainMU...AMIIN..
Monday, July 15, 2013
liku-liku hidup
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
Masa berlalu tanpa ada izin laluan.jam berganti jam,hari berganti hari,minggu berganti minggu. sedar tak sedar,sminggu aku berpuasa dalam Ramadhan. bersama-samasahabat seperjuanganku yang sama-sama menuntut di bumi Mafraq,Jordan.
bagiku,puasa merupakan satu anugerah dari Ilahi. manakan tidak,bukan inilah lubuk emas buat kami melipatgandakan pahala. dah bulan ini jugaklah lubuk emas kami untuk berjimat cermat. sekurang-kurangnya,kuranglah sikit bebanan untuk memikirkan jumlah tabung kami untuk membayar wang jamiah apabila kos makanan sudah mampu dikurangkan. tapi,belum tentu wang itu mencukupi.
apabila barang-barang masak di dapur sudah habis, tiada siapa yang berani berbicara.nak beli barang sakan,mau pakai duit apa?duit siapa? sekali beli barang bukan sedinar dua,tapi belasan dinar. namun alhamdulillah, dalam ramadhan kami mampu berjimat banyak. kami berbuka dengan hidangan ala kadar sahaja.
kadang-kadang ada jugak sahabat yang bermurah hati, berkongsi rasa lauk-pauk yang kami masak. siapa percaya?aku hanya menerima wang poket dari keluarga 10JD sebulan (rm45) cuma sebulan itu cukup untuk segalanya?
sungghu !! sungguh !! itu sudah mencukupi bagi aku...
kerana adik-adikku masih bersekolah di tanah air jugak,sama macam aku masih belajar. mereka pun tak cukup "meterial" dan segalanya. sedangkan bagiku mereka lebih memerlukan. aku yang melihat teman-teman berbuka dengan juadah yang mewah-mewah tanpa memikirkan maslah kewangan yang dihadapinya, hanya mampu tersenyum sambil memujuk jiwa yang ingin merasa seperti mereka.

wang bukanlah satu masalah pada mereka,ditaja,mempunyai ibubapa yang senang.apalagi yang dimahukan ? acap kali jugak lafaz " duit dah kering " diucapkan mereka. bagi aku semua itu tak ada apa-apa makna pun. sungguh !! jika mereka-mereka yang ditaja sering kali mengungkap lafaz " kering " jadi aku ini apa?
mungkin si padang sahara yang kering kontang,seperti dilanda kemarau di bumi Nabi Yusuf dahulu kala ! benarlah ujian-ujian lain.mereka diuji untuk bersyukur .
firman Allah s.w.t : dan maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (surah ar rahman :13) .
dan aku pula diuji untuk sabar dalam perjuangan ini. firman Allah s.w.t : allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya ( surah al-baqarah :286)
langkah perlu gagah demi ummah. namun aku sedar kadang-kadang ujian dan masalh yang datang membuatkan langkahku lemah untuk melangkah jauh kehadapan. kerana aku tahu janji Allah itu PASTI !!
firman Allah s.w.t : apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : " kami telah beriman , sedangkan merekatidak diuji lagi". ( al ankabuut : 2 )
wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan bersiap sedialah dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung ( surah ali imran : 200)
raya kali ini,raya ke3 di perantauan entahlah.perasaan mahu pulang ke tanah air itu kurang ada. bukan kata tak rindu.entah tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. walaupun jauh dimata tapi dekat dihati :) hanya doa yang mampu disampaikan buat insan-insan yang tersayang yang jauh nun disana.
raya sebelum ini mungkin banyak bergantung harap pada sumbangan sahabat-sahabat dan Unit Zakat Sedekah (USZ). kalau tidak ! baju raya? cukuplah sekadar jubah yang tahun sebelumnya. mungkin lauk pauk akan bertambah satu dua. itupun hanya pada hari raya pertama. mungkinkah raya kali ini yang bakal menyusul selapas ramadhan, ada nikmat yang lebih mampu aku rasakan?? insyaallah....
*************
Tuesday, July 9, 2013
marhaban ya ramadhan
bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah summalhamdulillah..
selamat menyambut ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat...
bulan ramadhan bulan al-quran , bulan qiam ,bulan sedekah ,bulan kemenangan , bulan yang digandakan pahala setiap hambaNYA.Maha suci ALLAH yang telah mengurniakan pelbagai kelebihan dalam bulan yg penuh barakah dan suci ini.
moga dengan kedatangan ramadhan kali ini dapat kita hayati dengan penuh keimanan dan mengharapkan pengampunan dari ALLAH s.w.t..
dari abu hurairah r.a berkata :
"sesiapa yang mendirikan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu"
riwayat : bukhari,muslim,tirmizi,abu daud,nasaie,ahmad dan
baihaqi
Wednesday, June 12, 2013
ALLAH IS NEAR
Bismillahirrahmanirrahim….
Allah tak pernak
janjikan kita yang jalan kebaikan itu
penuh dengan kemudahan serta kesenangan....
Akan tetapi..
Allah janjikan
untuk sentiasa berada dengan kita setiap detik J
“dan apabila
hamba2Ku bertanya kpdmu (Muhammad) tentang aku, mka sesungguhnya aku dekat.”
Think of Allah and
he will think of you..
Turn to Allah,He is
nearer.just a saying that always reminds me mhenever me in ‘hard’ moment.
FASTABIQUL KHAIRAAT
Bismillahirrahmanirrahim….
Sukar memelihara
diri dari kelalaian HATI…namun nak seribu daya tak nak seribu dalih…berUSAHA
untuk ISTIQAMAH diatas jalan yang diredhai ALLAH S.W.T…

RINTIHAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..
Allah mengujimu
kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah
--- "Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
--- Berkata Abul Asy’ats Ash-Shan’aani r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba-Ku yang mu’min, lalu ia memuji-Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada malaikat-Ku agar ‘Kamu catitkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu mencatitkannya sebelum ini’.”
(Riwayat Ahmad dan Thabrani)
~Lapangkan hati tenangkan fikiran tangan di dada,sambil berkata "ujian yg aku hadapi sgt ringan klu nk dibandingkan dgn org lain,moga aku diberi kekuatan"
--- "Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
--- Berkata Abul Asy’ats Ash-Shan’aani r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba-Ku yang mu’min, lalu ia memuji-Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada malaikat-Ku agar ‘Kamu catitkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu mencatitkannya sebelum ini’.”
(Riwayat Ahmad dan Thabrani)
~Lapangkan hati tenangkan fikiran tangan di dada,sambil berkata "ujian yg aku hadapi sgt ringan klu nk dibandingkan dgn org lain,moga aku diberi kekuatan"
ROAD TO RAMADHAN
Bismillahirrahmanirrahim....
usah meletakkan salah pada yang lain,kerana hatimu akan berterusan merasa tidak tenang dengannya..
letaklah kekurangan pada diri sendiri,dan tenanglah hatimu dengan berusaha memperbaikinya.
:: road to Ramadhan,insyaAllah kheir ::
Allahumma Bariklana fi Rajab Wa Sya'ban
Wa Ballighna RAMADHAN.....
Subscribe to:
Posts (Atom)




