CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 21, 2014

bermusafir

bismillah..

  hari berganti hari,masa pantas berlalu..walaupun aku bersendirian disini tapi aku tahu ALLAH sentiasa bersama aku,macam acik Aisyah kata "jgn risau kamu bukan sorang2 Allah kan ada" iya! Allah ada :) 

  makin hari makin sunyi mafraq ni kan? iyup!! sunyi..ramai yang bermusafir.. ada yang pulang ke malaysia,ada yang keluar negara keluar mantiqah..and now! its my turn :D ALHAMDULILLAH..aku pulak yang nk keluar mantiqah..walaupun tak semampu orang lain nak berjalan jauh beribu batu untuk mentasfir dan mencari 'ibrah. its not the reason okey! bumi ALLAH ni luas, tak dapat pergi yang jauh yang dekat pun jadi lah.asalkan ia bermanfaat dan ada 'ibrah disitu.. senyum!

  teringat lagu kumpulan mirwana.

berjalan bermusafirlah,
melihat kebesaran tuhan,
yang diciptakan untuk,
mereka yang berfikir,
bersyukur..............

mu;tah tgu aku datang!!

wassalam.

Tuesday, August 12, 2014

JANGAN BERHENTI BERLARI

Bismillah...

 di celah-celah kesibukan manusia yang mencari ruang dan peluang dengan bermacam2 dan berbagai2 cara untuk mendapatkan secicip rezeki, namun kesemuanya ada amanah dan tanggungjawab yang harus digalah baik ayah, ibu, suami, isteri dan anak,yang mana kita semua perlu ada kesedaran dan perlu diberi peringatan berterusan agar kita sebagai hambaNYA tidak lalai dan lupa untuk berusaha mencari bekalan bagi kehidupan yang hakiki kelak.

sebagaimana firman Allah s.w.t:
(55:وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين (سورة الذاريات
dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.



  jika kita ingin dianggap sebagai 'manusia' dan bukan 'binatang ternak' di sisi Allah S.W.T dan ingin mendapat tempat istimewa di sisiNYA..peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang harus ditempuhi. dan memahami tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini dengan suatu tuntutan tidak lain dan tidak bukan ialah " al amr bil ma'ruf wan nahyu 'anil mungkar" satu ayat yang mudah diunggkapkan di bibir manusia namun sukar untuk dilaksanakan. itulah hakikatnya.


  walau diri ini tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat daripada senarai kewajiban kita.harus sedar itu wahai diri.jangan sesekali ditipu oleh syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak cukup baik', 'tidak soleh/ah' dan 'belum ckup ilmu' dengan beribu-ribu alasan..sedarlah wahai diri!! dari bisikan dan hasutan syaitan,harungilah!! dengan penuh keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkanya.

  hakikatnya, kita semua belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham daripada ayat-ayatNYA dan sunnah RasulNYA kepada manusia yang lain.
firman Allah :
 (48 : 42 إن عليك إلا البلاغ :الشورى)
..tugas engkau hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu (asy-syura 42 : 48 )

  sekarang tugas kita sebagai manusia dan khalifah Allah ialah menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk kita bezakan yang mana ma'ruf dan yang mana mungkar. hanya dengan ilmu kita mampu melaksanakan tugas tersebut .INSYAALLAH

wallahu ta'ala 'alam.


  

  

Sunday, August 10, 2014

AKU DAN MOTIVASI





 semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad S.A.W diberikan motivasi melalui Israk Mikraj.Nabi Ibrahim A.S juga memohon motivasi daripada Allah.

   kita semua perlukan motivasi, dan motivasi yang paling unggul ialah motivasi untuk mendapatkan redha Allah dan syurga Allah.sebagaimana Nabi dan sahabat baginda s.a.w, Allah S.W.T mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan Allah dan syurga Allah dengan firmannya :

(bahannya pula adalah kasturi. Oleh yang demikian itu hendaklah mereka berlumba-lumba bagi merebut kelebihan dan kesenangan itu.(Al-mutaffifin 83:26)

  lihatlah, Allah ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Namun kita manusia lebih suka berlumba-lumba mendapatkan nikmat sementara dunia,harta,nama dan pangkat, itulah manusia.
   
  jadi,kejarlah redha dan pahala sediakanlah bekalan untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

  jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu di kemudian hari.

  jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan habis dan hilang.

  jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul kerana ia juga akan tamat dan menjadi punca hasad dengki.



  jadikanlah AllaH,Rasul-Nya dan syurga yang dijanjikan-NYA sebagai motivasi, nescaya Allah tidak akan mati dan janji-janjiNYA tidak akan mengecewakan.

      membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman.jangan biarkan kata-kata negetif orang terhadap perkara yang baik untuk bekal akhirat kita, membantut semngat kita, bahkan jadikan ia pendorong dan motivasi utk kita.

wallahu ta'ala 'alam.




Sanah helwah akhi :)


bismillah..

sanah helwah  :)

sweet 20 5/8/2014

ya Allah panjangkan lah umur dia, berilah dia kesihatan dan suburkanlah dia dengan kehidupan yang baik. dan berikanlah dia petunjuk dan ketetapan dunia dan akhirat.

ya Allah perbaikilah dirinya dan akhlaknya dan hiasilah jiwannya dengan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan.

jadikan dia seorang yang berbakti kepada abi ummi dan jadikan dia dikalangan orang yang soleh dan hindarilah dy dari orang-orang yang berhasad dengki..

menyanyangi disayangi





menyanyangi seseorang dan membenci perwatakannya 
adalah dua erkara yang berbeza,
fahamilah...
berapa ramai anak derhaka
tapi dia tetap disayangi ibu bapanya, 
dibenci pada derhaka perwatakannya.
tapi, disayang pada batang tubuhnya.
benci itu buknan mahu hubungan dijarakkan,
 tapi mahukan perubahan.
mungkin inilah yang dipanggil benci dalam sayang.

#mogamenjadihambayangsolehah/soleh 
cc: hhhs