CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 25, 2011

*keranamu IKAN KERING*




SALAM semua... hari ni hari ahad,hari aku masak..memang tiap2 ahad aku akan masak..ermm dari pagi sampi tengah hari aku duk fikir nak masak ape la yer untuk ahli bayt..

Hurmm pada mulanya aku ingat nak keluar pergi suq beli barang,tup2 bajet pulakk tak cukup..AduHHH! fikir punya fikir nak masak apelah..member2 duk tanya dah sape masak hari ni,.dengan bangganya aku jwab.."saya masak hari ni"..tapi aku tak cukup baket nak beli barang nak masak,dengan rasa serba salahnya,aku pergi la masuk bilik member2 aku...aku tanya diaorang, ok ke tak kalau aku masak ikan kering je??tak cukup bajet ler nak beli barang...member aku pon cakap "tak pe je,ok je xde ape pon,sekali sekala kena la zuhud sikit" so,aku senyum je laa...lepas tu aku masuk pulakk bilik member aku sorang lagi..aku tanya pulakk..tak pe ke masak ikan kering ni?dia pon cakap" tak pe je ok je,lagi pon lame da tak makan ikan kering..aku sengeh je lah kan,,,da semua ok...walaupun agak berat hati nak masak ikan kering ni..maklumlaa..ikan kering..tak semua orang suka.tak semua  orang makan kan...

Hmmm,pape pun janji ada makanan untuk di masak walaupun hanya 'IKAN KERING'..so,aku masuk dapur untuk memulakan tugasan mingguan aku..dengan hati riang gembira..aku masak masak nasi dulu mula2..HEHEHE...lepas tu baru aku goreng ikan kering..siap goreng ikan kering aku goreng bawang n lada hidup pulakk...bila dah siap semua aku campor semua sekali...OKEYH!! beres sudah tugasan aku hari ni..
So,sekarang time untuk makan pulakk..agak segan nak hidangkan lauk ni..HEHE,tapi member2 aku datang kat dapur tolong aku hidangkan makanan same2..ni laa rutin kitaorang hari2 ...makan hidang sama2..makan sama2...baca doa sama2..gelak tawa bersama..bila tengok ahli bayt  berselera je makan...Happy sangat2..suka3!! tenang je rasa..ni laa NIKMAT makan sama2 kawan2 walaupun berlaukkan 'IKAN KERING' itulah kehebAtan dan kEmanIsAn dalam berUKHUWAH ^__^





~salam imtihan~

bismillahirrahmaanirrahim...
sedar tidak sedar, kita dah pun berada di penghujung sem. sebelum tirai semester ini berlabuh, mahasiswa perlulah menghadapi imtihan akhir terlebih dahulu bukan??walaupun aku tak dapat menduduki imtihan..T_T
harap-harapnya persediaan dari segi mental dan fizikal telah dipersiapkan.. moga setiap usaha diiringi dengan  doa dan tawakkal... kepada ALLAH  ^_^




selamat berjuang di medan perperiksaan..
jangan lupe minta restu dan doa dari mak dan ayah..

Masa yg berbaki tidak lama lagi..
adakah apabila perang meletus..

pejuang Islam akan lari lantaran kekurangan kelengkapan senjatanya..??


Pejuang islam mustahil berganjak dari medan peperangan...
walaupun tanpa kelengkapan dan kecanggihan senjata atau sebagainya...
tapi masa belum terlambat 

untuk mencari kelengkapan dan kecanggihan senjata yg sedia ada...


perang fisabilillah harus diteruskan...
futur dengan kekurangan yg ada bukanlah 1 penyelesaian...

sedangkan peluang tuk merubahnya masih lagi terbuka...
pergantungan pada ALLAH itulah yg utama...

manfaatkan masa yg ada tuk bermujahadah...


moga ALLAH permudahkan segalanya...

SALAM IMTIHAN BITTAUFIQ WANNAJAH..!!

 





buatmu SAHABAT



Kerap kali kita sering menyebut kata-kata ini di akhir pertemuan dengan SAHABAT-SAHABAT kita...namun..adakah kita betul-betul menghayati ape yang kita perkatakan itu...atau adakah ianya sekadar retorik semata-mata...kata penyedap telinga sahaja..

Kita menyatakan "UKHUWAH FILLAH"...tetapi adakah kita menolong sahabat kita ketika susah...atau adakah kita bersedia menjadi MENJADI PENDENGAR SETIA masalah sahabat kita itu...adakah begitu susah hannya untuk menjadi PENDENGAR SETIA ??walaupun kita tidak berupaya menyelesaikan masalah sahabat kita,namun cukuplah sekadar menjadi pendengar masalah yang baik..

Sahabat kita itu memerlukan SESEORANG untuk meluahkan perasaannya...tetapi akibat terlalu sibuk...kita kerap memberi alasan "Busylah,lainkalilah ye" ataupun "Nanti-nantilah,aku sibuk ni"..tahukah perkataan itu mungkin mengguris hati sahabat kita...pernakah kita terfikir...sahabat kita hannya meminta tidak sampai 10% masa kita dalam 24 jam untuk kita mendengar luahan mereka...

Oleh itu sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama menjadi pendengar yang baik...ianya mungkin dapat meredakan masalah sahabat kita itu...Janganlah kita hannya pandai mengungkapkan kata-kata manis sewaktu senang,tetapi di kala susah,kita menjauhkan diri daripada sahabat kita...

Ingatlah,jagalah hubungan kita semua dengan sahabat-sahabat kita...

"UKHUWAH FILLAH"

"SESEORANG DI ANTARA KALIAN (TIDAK DIKATAKAN) BERIMAN SEHINGGA DIA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA DIA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI"(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

DIPETIK DARI KITAB "HADITS ARBAI'N AN-NAWAWIYAH"

..KERANA BERNILAINYA DIRI MU..




Butir2 kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati..

"Wahai puteriku,
Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..
Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah..

Wahai puteriku,
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan..



Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya..

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm pelbagai bentuk.. Wanita semakin berani dan tidak malu2 untuk membuka auratnya.. Tubuhnya ditonjol2kan.. Pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.. Semua itu bergerak melanda negara demi negara.. Tanpa satu negara Islam yg mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yg terkenal dgn keserasian akhlak yg sgt ketat menjaga kehormatan diri dgn menutup auratnya.. Sekarang, astaghfirullah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan, paha, punggung dan dada.. Kita gagal dan aku kira kita tidak akan berjaya..
Tahukah engkau apa penyebabnya, puteriku?!

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya..

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu itu ada di tanganmu.. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik..

Engkau benar puteriku,
bahawalah kaum lelakilah yang mula2 melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju..
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk..

Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk" dan setelah engkau ditimpa kecurian barulah engkau tersedar.. Ketika itu barulah engkau berteriak, "Tolong! Tolong! Aku kecurian"

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dlm ancaman cengkaman serigala..
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yg kikir terhadap pencuri..

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar kambing.. Dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu..
Lelaki menghendaki yg paling berharga darimu.. Iaitu harga diri dan kehormatanmu.. Nasib seorang gadis yg diragut kehormatannya lebih menyedihkan drpd nasib seekor kambing yg dimakan serigala..



Wahai puteriku,
apa yg dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa berpakaian..

  jangan kalian percaya terhadap kata2 sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau menjadi takut dan ngeri.. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dgn lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud2 tertentu..
Setidak2nya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal..
Apakah sesudah itu, puteriku?

Fikir2kan dan renungkanlah jika kalian adalah muslimah yg bijaksana serta punyai harga diri!!"
Wallahu 'alam..